Institusi zakat di Malaysia diseru menggalas tanggungjawab dengan telus dan amanah, supaya pengagihan bantuan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegagalan institusi itu melaksanakan pengagihan zakat dengan berkesan akan menyebabkan isu kesempitan hidup dalam kalangan asnaf tidak dapat diatasi.
"Sebab itu kita lihat pusat zakat kena laksanakan transformasi minda, kena ada perubahan ke arah kebaikan sebab fungsi pusat zakat adalah untuk membantu.
"Malah pusat zakat kena juga lihat agihan dalam berbagai-bagai aspek bantuan seperti pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Akademi Zakat (AZKA) Talk 'Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi' di sini, pada Rabu.
Menurut Anwar isu kemiskinan dalam kalangan orang Islam juga akan dapat diuruskan dengan baik, sekiranya agihan wang zakat dilakukan dengan lebih teratur.
"Menjadi isu apabila doktor diagnosis seseorang itu menghidap sakit lain, tetapi dia diberi ubat demam.
"Jadi, institusi zakat kena lakukan satu pendekatan yang betul. Jangan sekadar bantu dengan beri wang sahaja tetapi bantu bagaimana mereka ini boleh keluar dari kemiskinan hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019

Anwar ketika menjadi tetamu program AZKA di Seminar Antarabangsa Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam Kali Ketiga di Shah Alam, 30 Okt, 2019. --fotoBERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Institusi zakat diseru galas tanggungjawab dengan telus
Kegagalan melaksanakan pengagihan zakat dengan berkesan akan menyebabkan isu kesempitan hidup dalam kalangan asnaf tidak dapat diatasi.