Bencana, terutama yang berpunca daripada perubahan iklim dan degradasi alam sekitar sudah menyimpang daripada kebiasaannya dan kini semakin meningkat dari segi intensiti, kekerapan dan kekompleksannya.
Laporan Bencana Asia-Pasifik 2019 yang dilancarkan pada Khamis mendedahkan bahawa bencana kini lebih sukar untuk ditentukan jenis, lokasi atau kawasan untuk persiapan diadakan sebelum menghadapinya.
Bagi tahun lepas, laporan itu menyatakan bahawa separuh daripada 281 bencana semula jadi di seluruh dunia, berlaku di tantau ini, termasuk lapan daripada 10 bencana paling dahsyat.
"Purata 142 juta penduduk di rantau ini telah terjejas setiap tahun sejak 1970, lebih tinggi daripada purata dunia sebanyak 38 juta.
"Bencana juga telah menyebabkan kerosakan ekonomi dalam skala besar. Antara 1970 dan 2018, rantau ini kerugian AS$1.5 trilion, kebanyakannya disebabkan oleh banjir, ribut dan kemarau serta gempa bumi termasuk tsunami. Kos kerugian semakin meningkat," menurut laporan itu.
Buat kali pertamanya Laporan Bencana Asia-Pasifik itu memasukkan kos bencana yang berlaku lambat laun terutama kemarau yang mengakibatkan kerugian ekonomi empat kali ganda lebih besar berbanding anggaran sebelumnya.
Beliau berkata kerugian ekonomi tahunan bagi Asia dan Pasifik kini sebanyak US$ 675 bilion, atau sekitar 2.4 peratus daripada KDNK rantau ini, yang mana AS$ 405 bilion atau 60 peratus adalah kerugian pertanian berkaitan kemarau, yang menjejaskan penduduk miskin di luar bandar secara tidak seimbang.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merangkap Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia serta Pasifik (ESCAP) Armida Alisjahbana berkata masyarakat yang terdedah kepada bencana serta masyarakat terpinggir adalah antara yang paling teruk terjejas oleh bencana di rantau ini.
Beliau berkata hampir 40 peratus kesan bencana adalah terhadap sektor sosial yang menyebabkan ketidaksamaan peluang lebih dalam, yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Beliau berkata bencana juga telah memperlambatkan usaha mengurangkan kemiskinan.
"Jumlah penduduk yang hidup miskin tegar (berpendapatan bawah AS$1.90 sehari) diunjurkan akan menjadi sebanyak 56 juta menjelang 2030. Bagaimanapun, risiko bencana yang tidak dimitigasi, angkanya meningkat lebih sekali ganda kepada 123 juta.
"Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat dielakkan. Kerajaan boleh memecahkan kitaran ganas ini dengan membuat pelaburan untuk mengelak risiko bencana dan laporan menunjukkan bahawa pelaburan yang dibelanjakan adalah lebih kecil nilainya berbanding kerosakan dan kerugian akibat bencana yang tidak dimitigasi.
"Tambahan pula, pelaburan itu juga akan memberi banyak faedah sampingan -- dalam bentuk pendidikan, kesihatan, perkhidmatan sosial dan infrastruktur, dan pengeluaran dan pendapatan pertanian yang lebih tinggi," katanya.
Laporan Bencana Asia-Pasifik itu, penerbitan utama ESCAP, yang diterbitkan setiap dua tahun dilancarkan di Bangkok pada Jumaat.
Laporan itu menyasarkan untuk membantu pembuat dasar, dalam kedua-dua sektor awam dan swasta, untuk memahami dengan lebih baik risiko dan ketahanan menghadapi bencana dan merebut peluang-peluang yang banyak untuk mengambil tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019

Antara 1970 dan 2018, rantau ini kerugian AS$1.5 trilion, kebanyakannya disebabkan oleh banjir, ribut dan kemarau serta gempa bumi termasuk tsunami. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.