INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Pengesahan kejuaraan itu diraih selepas menumpaskan AC Milan 2-1 dalam aksi dramatik diwarnai tiga layangan kad merah di San Siro, awal pagi Selasa.
Gol menerusi Francesco Acerbi dan Marcus Thuram memberikan Inter kelebihan 17 mata ke atas pencabar terdekat, Milan sekali gus memastikan kejuaraan ke-20 dengan berbaki lima perlawanan musim ini.
Bagi pengendalinya, Simone Inzaghi, ia merupakan gelaran Serie A pertama dalam karier pengurusannya dan trofi keenam bersama Inter.
"Ia amat sensasi, kami melakukan sesuatu menakjubkan dan kejayaan ini wajar dikongsi dengan seramai mungkin penyokong," ujar Inzaghi.
Perlawanan itu turut menyaksikan tiga kad merah dilayangkan pada masa kecederaan dengan Milan beraksi sembilan orang selepas kehilangan dua pemain, Theo Hernandez serta Davide Calabria dan turut diarah keluar padang ialah pemain Inter, Denzel Dumfries.
"Saya seperti mahu menangis di atas kerja keras secara berpasukan. Kami berhak untuk meraikan kejayaan ini.
"Ia sesuatu yang menggembirakan, tetapi kami perlu meneruskannya kerana kami sudah menang banyak trofi dan mahu menambah banyak lagi," ujar kapten Inter, Lautaro Martinez.
Inter muncul pasukan kedua memenangi kejuaraan liga Itali 20 kali dan akan mempunyai dua bintang di jersi mereka, selepas Juventus yang jauh mendahului dengan 36 mahkota kejuaraan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 23 2024

Para pemain meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Serie A ke-20 Inter Milan. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jay Idzes muncul pemain Indonesia pertama beraksi di Serie A Itali
Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Jay Idzes, mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Indonesia yang bermain di Serie A Itali.

Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.

Pertahanan Roma stabil selepas rebah di atas padang
Pertahanan Roma, Evan Ndicka, sedang berehat di hospital selepas rebah di atas padang dalam pertembungan Serie A dengan Udinese, pagi tadi.

Serie A: Juventus tolak label pilihan juara
Bianconeri memungut 10 mata daripada empat perlawanan pembukaan untuk menduduki tangga kedua Serie A - dua mata di belakang Inter Milan.

Serie A: Roma sedia menandatangani Lukaku secara pinjaman sepanjang musim
Chelsea telah bersetuju dengan perjanjian pinjaman selama semusim dengan Roma untuk Romelu Lukaku.

Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.

Napoli tamatkan penantian 33 tahun muncul juara Serie A
Napoli hadir ke Dacia Arena dengan mengetahui satu mata sudah cukup untuk menjuarai Scudetto pertama mereka sejak era Diego Maradona.

Romelu Lukaku akhiri penantian 253 hari Serie A
Penyerang Belgium itu membuka tirai jaringan perlawanan pada awal separuh masa kedua di Stadio Carlo Castellani.

Serie A: Ibrahimovic peledak gol paling tua
Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang Inter Milan.

Serie A: Salernitana buat misi penamat empat teratas AC Milan kian mencabar
Segalanya tampak baik apabila Giruod menanduk masuk gol pembukaan mereka pada penghujung babak pertama.