DENGKIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua bahagian pembangunan universiti dalam masa terdekat bagi mengetahui keadaan Internet di kampus masing-masing.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta MCMC serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk menyertai sesi libat urus itu dalam usaha memantapkan kesalinghubungan di kampus.
"Diadakan secepat mungkin. Saya serah kepada MCMC untuk jemput wakil bahagian pembangunan institut pengajian tinggi awam (IPTA) supaya diadakan sesi tersebut," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan Internet di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor kampus Dengkil di sini hari ini.
Mengenai tinjauan keadaan Internet di UiTM itu, beliau berkata kaedah pengurusan Internet di universiti itu adalah baik dan boleh dijadikan rujukan untuk semua universiti.
Katanya UiTM tersebut telah memperuntukkan RM3.38 juta untuk meningkatkan jumlah akses point dari 100 ke 200 unit manakala setiap dua bilik asrama dilengkapi dengan satu wi-fi router.
"Ini membolehkan pelajar dapatkan akses Internet lebih baik dan lebih laju...sebagai rangkuman, saya lihat apa yang diusahakan di UiTM Dengkil ini mungkin boleh dijadikan benchmark atau template untuk dilaksana di kampus lain," katanya.
Secara umumnya, Fahmi berkata aspek pengurusan Internet di dalam kampus adalah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) manakala KKD melibatkan 'liputan luar' iaitu pencawang.
Beliau turut meminta MCMC melaksanakan tindakan berkaitan pencawang di sekitar universiti supaya ia mampu memberi liputan Internet menyeluruh di kawasan kampus.
"Insya-Allah, kita (KKD dan KPT) akan bekerjasama dan saya telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"MCMC akan beri kerjasama penuh atasi masalah ini (Internet di kampus)," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia, Sintok di Kedah dilaporkan meminta Fahmi memberi keutamaan berkaitan kesalinghubungan Internet yang lebih baik di kampus universiti seluruh negara.
Anwar berkata kemudahan Internet di kampus universiti merupakan satu keperluan asas dan menjadi elemen penting yang harus disediakan seperti buku teks.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melakukan tinjauan keadaan internet di tempat penginapan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Dengkil hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).