Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersetuju dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk 'mempermudah' acara yang akan dilangsungkan pada temasya sukan itu atas faktor keselamatan dan mengurangkan kesan kewangan.
Bercakap pada sidang media pada Khamis Presiden jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo, Yoshiro Mori dan Ketua Pegawai Eksekutif Toshiro Muto berkata, IOC dan penganjur telah mengenal pasti 200 acara yang terbabit, namun, tidak memberikan butiran lanjut.
Muto berkata, cabaran utama ialah mengenai tindakan pencegahan untuk memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikekang, lapor agensi berita Kyodo.
Penganjur akan mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah orang yang terlibat dalam setiap acara selain atlet dan penonton mungkin termasuk pegawai IOC dan wakil badan sukan kebangsaan.
CEO juga mengesahkan acara larian obor Olimpik adalah antara yang akan dikaji. Larian obor akan berlangsung antara Mac dan Julai depan.
Kerajaan Jepun pada minggu lalu dilaporkan berkata pengurangan jumlah penonton dan acara upacara pembukaan serta penutupan antara yang sedang dipertimbangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 11 2020

Yoshiro Mori (tengah) dan Toshiro Muto (kiri) pada sidang media di Tokyo, 10 Jun, 2020. (Foto AP)
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).
RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi
Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa
Pernah anda membayangkan ada orang sanggup membelanjakan lebih RM300,000 semata-mata untuk anjur majlis dedah jantina bayi mereka?

MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya
Sukan Para ASEAN 2020 tidak akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri, tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.