KUALA LUMPUR: Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata daripada jumlah itu, tujuh aduan yang diterima masih dalam proses siasatan.
"Sifat kes (bagi tujuh kes itu) anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat aduan terhadap atasannya atau pengadu membuat aduan kerana tiada tindakan ke atas aduan awalnya.
"Ada juga aduan daripada tujuh ini bersifat isu integriti maknanya pemilihan pelantikan (recruitment) pangkat inspektor itu dikatakan ada unsur-unsur yang menjejaskan soal integriti, kemudian ada juga yang bersifat gangguan seksual," katanya ketika sesi soal jawab di Parlimen.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berhubung jumlah aduan terhadap anggota polis di bawah akta itu dan keputusan terhadap aduan berkenaan.
Menjawab soalan tambahan Ramkarpal yang mempersoalkan jumlah kes disiasat IPCC, Saifuddin Nasution berkata di bawah Seksyen 25 Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839) itu sendiri membenarkan pengelasan kes-kes bagi merujuk kepada pihak berkuasa lain yang juga mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat dan penguatkuasaan.
"Ini membolehkan IPCC mengklasifikasikan aduan kalau ianya bersifat rasuah itu di bawah Seksyen 25(a) maka IPCC salurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ada juga yang IPCC salurkan terus kepada pihak berkuasa berkaitan itu di bawah Seksyen 25(b).
"Seksyen 25(d) itu di bawah bidang kuasa PDRM, Seksyen 25 (e) adalah tiada tindakan lanjutan atau aduan bersifat remeh manakala 25(c) adalah betul-betul di bawah bidang kuasa IPCC, jumlahnya tujuh (kes yang disiasat di IPCC)," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 348 itu, aduan bersifat jenayah paling banyak diterima antaranya berkaitan kekerasan, gangguan seksual, dadah, pemalsuan dokumen, ugutan serta isu-isu berkaitan integriti, yang tertakluk kepada bidang kuasa Akta Polis 1967 (Akta 344) untuk tindakan lanjut.
Menjawab soalan tambahan Ramkarpal sama ada kerajaan berniat memperkasakan IPCC untuk memberi lebih kuasa menangani aduan terhadap pegawai polis, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri mengambil pendekatan untuk memberikan ruang dan kepercayaan kepada suruhanjaya itu yang baru setahun berkuat kuasa.
"Buat masa ini pendirian yang diambil kementerian ialah kewujudan IPCC adalah kewujudan yang boleh kita pertahankan dengan pendekatan bahawa pada hari muka di mana ada keperluan untuk melihat semula akta ini itu, kita akan teliti pada ketika itu," katanya.
IPCC, yang merupakan Badan Berkanun Persekutuan ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta 839 dan diwartakan pada 18 Oktober 2022, menjalankan fungsi dan kuasa sebagai badan pemantau bebas terhadap pasukan polis dari aspek siasatan aduan berkaitan salah laku.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Saifuddin berkata daripada jumlah 348 aduan diterima oleh IPCC, tujuh masih dalam proses siasatan. - Foto Astro AWANI
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Lima ahli IPCC boleh mula bertugas - Saifuddin Nasution
Lima ahli Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang dilantik sebelum ini sudah boleh memulakan tugas tanpa perlu menunggu pelantikan dua lagi ahli suruhanjaya itu.
Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.
Status terkini Tabung Harapan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Turut menarik perhatian ialah rang undang-undang bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk, yang akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan.