Beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini yang terletak bersempadanan dengan negara jiran diminta mempertingkatkan kawalan dan pemantauan di daerah masing-masing daripada dibolosi kumpulan ekstremis.
Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata IPD terlibat termasuk IPD Kubang Pasu, IPD Langkawi dan IPD Padang Terap.
"Peningkatan kawalan tersebut adalah bagi mengawal kemasukan individu atau kumpulan disyaki terlibat dengan elemen radikal, pengganas dan ekstremisme yang dikhuatiri menyusup masuk ke negara ini," katanya selepas majlis penyerahan kereta peronda polis (MPV) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.
Menurut Zamri Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih peka lebih-lebih lagi dengan senario pergolakan yang berlaku di luar negara seperti Syria dan Iraq yang boleh memberi kesan negatif.
"Bahkan kita juga akan meneruskan pemantauan untuk mengesan dan mencegah sebarang perlakuan radikal dan ekstremis oleh individu yang mempunyai hubungan dengan pengganas di sana," katanya.
Dalam pada itu, Zamri berkata kadar indeks jenayah di Kedah sehingga 29 Disember menunjukkan penurunan sebanyak 13.26 peratus atau 262 kes daripada 7,791 kes berbanding 8,053 kes untuk tempoh sama 2014.
Kes kecurian motosikal, paling banyak dilaporkan tahun ini iaitu 3,111 kes berbanding 3,642 kes tahun lalu, katanya.
Terdahulu, sebanyak 86 kereta MPV Proton Inspira diserahkan kepada 11 IPD seluruh negeri serta 44 motosikal untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
"Jumlah agihan bergantung kepada daerah yang besar serta kadar jenayah yang berlaku di daerah masing-masing. Penambahan kenderaan ini menjadikan jumlah MPV kini sebanyak 222 buah begitu juga URB, 222 buah.
Katanya, peningkatan logistik ini akan memberi lebih kekuatan kepada polis Kedah untuk meningkatkan rondaan khususnya dengan pertambahan penduduk dan kawasan perumahan.
Bernama
Wed Dec 30 2015
![IPD bersempadan negara jiran diminta tingkat pemantauan - Ketua Polis Kedah IPD bersempadan negara jiran diminta tingkat pemantauan - Ketua Polis Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41451458835_KawalanSempadan.jpg)
IPD di sempadan Malaysia-Thailand diminta tingkat pemantauan - Gambar Hiasan
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo
Tanpa mendedahkan strategi model perniagaannya, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan sektor antarabangsa juga akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan negara Singapura dan Indonesia.
Peserta lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
![IPD bersempadan negara jiran diminta tingkat pemantauan - Ketua Polis Kedah IPD bersempadan negara jiran diminta tingkat pemantauan - Ketua Polis Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41451458835_KawalanSempadan.jpg)
IPD bersempadan negara jiran diminta tingkat pemantauan - Ketua Polis Kedah
IPD di sempadan Malaysia-Thailand diminta tingkat pemantauan elak dibolosi kumpulan ekstremis.