HULU TERENGGANU: Sering berdepan bencana banjir mendorong sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mencipta bot dua alam atau Amfibia Qber II.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bot berkenaan mampu diguna pakai di daratan dan air khususnya bagi melakukan tugasan menyelamat ketika musim banjir.
Katanya ia merupakan produk inovasi Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) terbaharu IPD Hulu Terengganu yang lebih praktikal untuk digunakan di kawasan kampung serta laluan yang sempit kerana saiznya yang lebih kecil.
"Kerana kita sedia maklum Hulu Terengganu kawasan yang kerap kali dilanda banjir saban tahun dan sebelum ini produk yang pertama kita adalah terlalu besar berbanding ini lebih praktikal.
"Kalau yang dulu ditarik oleh Hilux, kenderaan besar, tapi tak praktikal bagi setengah kampung yang tidak boleh dilalui oleh Hilux.
"Apabila situasi memerlukan, apabila guna ATV ini dengan size amfibia yang lebih kecil, ia lebih pratikal," jelasnya.
Beliau berkata, bot berkenaan memgambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dengan kos lebih RM10,000.
Jelasnya Amfibia Qber itu juga mampu memuatkan enam penumpang pada satu-satu masa.
Rohaimi berkata dengan adanya inovasi itu, pihaknya yakin akan dapat memperkasakan lagi perkhidmatan terutama pada musim tengkujuh.
Nur Fazlizai Ali
Sat Sep 03 2022

Bot berkenaan mampu diguna pakai di daratan dan air khususnya bagi melakukan tugasan menyelamat ketika musim banjir. - Astro AWANI

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.