IPOH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh melancarkan Op Selamat ke-20 sempena perayaan Aidilfitri untuk memantau semua jalan utama di dalam daerah Ipoh agar aliran trafik berjalan lancar dan keselamatan pengguna terjamin.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata fokus utama Op Selamat di seluruh negara adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.
"Semua jentera IPD Ipoh akan digemblengkan termasuklah elemen balai, kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB), polis trafik termasuk risikan dan operasi akan diatur gerak secara sistematik.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh turut akan melancarkan Op Lancar, Op Payung, Op Samseng Jalanan, Op Motosikal, Op Perdagangan, Op Pelbagai dan Op Bersepadu yang turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan sepanjang tempoh musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yahaya berkata Op Lancar juga turut dilakukan di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya.
"Kita tumpu kepada kawasan hotspot dalam daerah Ipoh yang kita jangkakan berlaku kesesakan lalu lintas ekoran orang ramai pulang ke kampung halaman.
"Pihak polis juga meminta pengguna jalan raya agar peka dengan informasi terkini berkaitan aliran trafik semasa agar tidak terjebak dalam kesesakan di samping patuh kepada undang-undang jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Op Lancar turut dilakukan di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Abang Zainal dilantik Ketua Polis Daerah Ipoh
Bekas Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh.

Curi kabel TM: Lari dari polis, lelaki cedera, rakan larikan diri
Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.

Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13
Katanya, pasukan siasatan menemukan beg duit berwarna coklat di dalam poket seluar mangsa di lokasi kejadian.

Pengasuh didakwa bunuh bayi berusia enam bulan
Dia didakwa telah membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Taman Tawas Indah, Chemor antara 7 Julai hingga 12 Julai lalu.

Wanita maut dipercayai dipukul teman lelaki
Selain suspek, polis turut menahan tiga individu lain iaitu ibu suspek, saudaranya dan pekerja mereka, kesemuanya berumur dalam lingkungan 29 hingga 65 tahun untuk membantu siasatan.

Dakwaan polis halang upacara keagamaan di Buntong adalah palsu, fitnah
Pihak penganjur juga telah menafikan keterlibatan mereka dalam menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Polis kesan remaja perempuan hilang
Gadis itu dikenali sebagai Gayathri, 17, berkulit gelap, bertubuh gemuk dan beralamat di Jalan Pasir Puteh di sini, yang kali terakhir dilihat ahli keluarga pada 8 April.

IPD Ipoh lancar Op Selamat ke-20
Antara fokus utama ialah memastikan trafik lancar, meminimumkan kemalangan, menjamin keselamatan kediaman dan mengurangkan jenayah.

Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.

Lapan kereta pendaki Gunung Korbu, Gayung dipecah masuk
Lokasi itu juga jauh dari penempatan penduduk dan tiada kawalan keselamatan di tempat kereta diletakkan.