KUALA LUMPUR: Tawaran awam permulaan (IPO) semakin berkembang pesat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dan dengan prospek pertumbuhan rantau ini yang positif menjadikan ia sebagai pilihan utama kepada pelabur, demikian menurut laporan Southeast Asia Mid-Year IPO Deloitte.
Ketua penasihat acara disruptif Deloitte Malaysia Wong Kar Choon berkata syarikat dengan keupayaan teknologi yang baik akan terus mendapat dana yang mereka perlukan bagi pengembangan, sama ada menerusi IPO atau pembiayaan ekuiti swasta.
"Terdapat kemasukan pelaburan langsung asing yang berterusan berikutan pembukaan semula sempadan di rantau ini, pemulihan industri pelancongan dan lonjakan permintaan domestik.
"Faktor-faktor ini secara bersama-sama telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang positif di rantau ini meskipun ketidaktentuan ekonomi global," katanya.
Menurut laporan tersebut, pasaran modal IPO Asia Tenggara mencapai 85 IPO pada Separuh Pertama 2023 dengan US$3.3 bilion (US$1=RM4.57) hasil IPO dan US$20.1 bilion permodalan pasaran IPO, berbanding 73 IPO, US$3.1 bilion hasil IPO dan US$35.4 bilion permodalan pasaran IPO pada Separuh Pertama 2022.
Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan 16 penyenaraian yang mengumpulkan kira-kira RM1.6 bilion dengan permodalan pasaran sebanyak RM9.4 bilion.
Radium Development Bhd dan Cape EMS Bhd merupakan antara 10 penyenaraian utama di Asia Tenggara dengan gabungan hasil berjumlah RM667.73 juta dikumpulkan.
Berbanding Separuh Pertama 2022, terdapat 16 penyenaraian di Bursa Malaysia pada Separuh Pertama 2023 yang mengumpulkan hasil sebanyak RM2.1 bilion, yang mana sebahagian besarnya disumbang daripada penyenaraian saham wajaran tinggi, Farm Fresh Bhd.
"Data ini menunjukkan keyakinan berterusan terhadap pasaran modal Malaysia dengan rekod prestasi perniagaan yang cemerlang.
"Kebanyakan daripada 16 IPO itu mempunyai kadar lebihan langganan yang tinggi susulan sokongan daripada pelabur institusi dan runcit," kata Wong.
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai daya saing pasaran modal telah memberikan sokongan positif kepada pihak berkepentingan dalam pasaran modal, termasuk pengurangan kadar duti setem untuk dagangan saham tersenarai di Bursa Malaysia dan semakan semula dasar untuk menarik dan mengembangkan kumpulan pelabur. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan 16 penyenaraian yang mengumpulkan kira-kira RM1.6 bilion dengan permodalan pasaran sebanyak RM9.4 bilion. - Gambar hiasan/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.