AMPANG JAYA: Kerajaan menyasarkan 100,000 isi rumah miskin tegar dan golongan B40 untuk mendapat manfaat menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), tahun ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jika ia direalisasikan, kerajaan bakal mewujudkan kira-kira 150 Koperasi Basmi Miskin Tegar (KOBMIT) menjelang hujung tahun ini di seluruh negara.
Menjelaskan, beliau berkata, IPR bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan B40 dengan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik.
"Untuk tahun 2023, cabaran utama kepada kementerian dan negara ialah memastikan 100,000 isi rumah menerima manfaat dengan peruntukan RM750 juta.
"Kita sudah menjalankan 'modeling' awal, jika melihat kepada tiga model tadi, usahawan tani, mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan.
"Program ini berupaya membantu golongan terbabit menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran IPR di sini, pada Ahad.
Rafizi berkata, sasaran itu berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar.
Rafizi berkata, IPR membabitkan ekosistem tiga pihak iaitu penerima membabitkan miskin tegar dan B40, pembimbing (peniaga setempat yang membeli produk perkhidmatan, NGO serta agensi kerajaan) dan rakan niaga.
INTAN adalah insiatif untuk merekrut golongan sasar yang berminat dalan pertanian dengan memilih hasil tanaman yang tinggi dalam jumlah import seperti cili, halia dan jagung.
INSAN pula menyasarkan peserta menjual makanan umum pada harga rendah menerusi perniagaan mesin layan diri yang mampu meningkatkan jualan melalui penambahan lokasi tumpuan.
Manakala IKHSAN merekrut golongan sasar yang berminat untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan, sekali gus mampu mengatasi masalah kekurangan buruh bagi menyelenggara beberapa kemudahan awam.
IPR membabitkan tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
"Peruntukan ada tapi kita perlukan penerima datang dan mula mengambil bahagian dalam program ini, kalau tidak, peruntukan ada tapi sambutan daripada kumpulan sasar kita akan ada masalah.
Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan memperuntukkan RM750 juta untuk membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah lebih menyeluruh menerusi IPR.
Astro Awani
Sun Feb 26 2023
![IPR: Kerajaan sasar 100,000 isi rumah miskin tegar, B40 dapat manfaat IPR: Kerajaan sasar 100,000 isi rumah miskin tegar, B40 dapat manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677405258_TBRAFIZIIPR.jpg)
Rafizi Ramli berkata, IPR bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan B40 untuk menjelan pendapatan membabitkan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik. - Foto BERNAMA
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
Kebuluran di Gaza: Risiko masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Ancaman kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat sementara waktu berikutan peningkatan besar bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah itu semasa gencatan senjata.
![Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714284856_HermiShahuddin.jpg)
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
![Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704846344_tbGajiProgresif.jpg)
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi
Kerajaan tidak boleh mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana perlu mengambil kira kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi negara.
![Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701412427_KakitanganMajlisBa.jpg)
Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
![4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR - Rafizi 4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700121117_TBRafizi.jpg)
4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR - Rafizi
Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40 telah memberikan manfaat kepada 4,100 isi rumah sehingga kini.
![130,101 permohonan IPR diterima sehingga 2 November - Kementerian Ekonomi 130,101 permohonan IPR diterima sehingga 2 November - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699531928_KakitanganMajlisBa.jpg)
130,101 permohonan IPR diterima sehingga 2 November - Kementerian Ekonomi
Sejumlah 130,101 permohonan telah diterima daripada rakyat Malaysia untuk menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga 2 November lepas, kata Kementerian Ekonomi.
![Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR sehingga 5 Okt 2023 Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR sehingga 5 Okt 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665146288_SawahPadi.jpg)
Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR sehingga 5 Okt 2023
Sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.
![Menoktah kemiskinan: IPR serampang dua mata struktur semula ekonomi negara Menoktah kemiskinan: IPR serampang dua mata struktur semula ekonomi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694177567_TBRafiziRamli.jpg)
Menoktah kemiskinan: IPR serampang dua mata struktur semula ekonomi negara
Program dilaksana bukan hanya membantu golongan rentan mengubah nasib hidup, tetapi limpahan manfaatnya turut dinikmati rakyat kebanyakan.
![Melaka terima 386 permohonan inisiatif pendapatan rakyat Melaka terima 386 permohonan inisiatif pendapatan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/51516361904_matawang.jpg)
Melaka terima 386 permohonan inisiatif pendapatan rakyat
Permohonan itu melibatkan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
![Projek perintis INTAN bakal manfaatkan 240 peserta - Rafizi Projek perintis INTAN bakal manfaatkan 240 peserta - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679384500_RafiziRamli.jpg)
Projek perintis INTAN bakal manfaatkan 240 peserta - Rafizi
IPR menyasarkan 100,000 penerima pada tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus daripada pemohon mahu terlibat dalam komponen pertanian.
![Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR - Rafizi Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678182197_MenteriEkonomiRafi.jpg)
Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR - Rafizi
Kerajaan memperuntuk sebanyak RM750 juta untuk melaksanakan IPR yang memberi tumpuan kepada mengupayakan golongan B40 dan miskin tegar.