PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mengoptimumkan penggunaan ilmu, pendidikan, pakar serta teknologi terkini dalam membantu ekosistem kecemerlangan sukan negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled berkata segala aset yang dimiliki IPTA dan IPTS perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana pembangunan sektor sukan amat berkait rapat dengan ilmu, penyelidikan, strategi dan teknologi.
"Sukan bukan sahaja tentang kekuatan fizikal tetapi tentang kelebihan teknologi dan strategi. Kita harus teroka perkara ini," katanya berucap pada Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen IPT Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di sini malam tadi.
Beliau optimis bahawa sumbangan IPTA dan IPTS dalam pembangunan sektor sukan dapat memastikan IPTA dan IPTA sentiasa dekat dengan pihak berkepentingan sektor sukan.
Mengenai Universiade 2023 yang akan berlangsung di Chengdu, China mulai 28 Julai hingga 8 Ogos ini, beliau berkata seramai 96 atlet kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam lapan daripada 18 acara dipertandingkan.
"Tunjukkanlah daya juang, semangat kesukanan serta nilai patriotisme yang membanggakan negara. Pastikan penyertaan anda dalam temasya ini memberi nilai tambah, pengalaman serta ilmu yang berguna kepada anda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Mohamed Khaled menyampaikan Anugerah Olahragawan MASUM 2022 kepada atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat (dua, kanan) pada majlis di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, 20 Julai 2023. --fotoBERNAMA

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.

Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.

Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).

COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.

Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.

UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.

Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.

Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat
Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar Melaka.

Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dipercayai dikelar teman lelakinya di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari tadi.

Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.