BAGHDAD: Iraq pada Isnin mengadakan pilihan raya wilayah di 15 daripada 18 wilayah di negara itu selepas terhenti selama 10 tahun disebabkan perbezaan politik.
Pengundian bermula selepas 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) apabila 7,166 pusat mengundi dibuka di bawah langkah keselamatan yang ketat.
Berjuta-juta rakyat Iraq dijangka mengundi di Baghdad dan bandar-bandar lain di semua wilayah kecuali tiga wilayah separa autonomi Kurdistan, lapor Xinhua.
Pusat mengundi ditutup pada 6 petang (1500 GMT).
Menurut angka dari Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Bebas Iraq, kira-kira 16 juta pemilih layak mengundi dalam pilihan raya wilayah kali ini.
Anggota keselamatan dan orang yang kehilangan tempat tinggal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dua hari lepas.
Suruhanjaya pilihan raya dalam sidang media pada Sabtu berkata peratusan keluar mengundi awal mencecah 67 peratus.
Menurut suruhanjaya seramai 706,805 daripada 1,050,653 anggota pasukan keselamatan dan orang yang kehilangan tempat tinggal mengundi dalam undi awal.
Pengundi dijangka memilih anggota baharu majlis wilayah daripada 5,901 calon yang bersaing untuk 285 kerusi.
Kali terakhir pilihan raya wilayah diadakan diadakan di Iraq pada April 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Berjuta-juta rakyat Iraq dijangka mengundi di Baghdad dan bandar-bandar lain di semua wilayah kecuali tiga wilayah separa autonomi Kurdistan. - Gambar hiasan/AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Qatar Airways gantung sementara penerbangan ke dan dari Iran, Lubnan
Susulan situasi semasa di rantau Asia Barat, Qatar Airways menggantung sementara penerbangan ke dan dari Iran dan Lubnan.

Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.

Iraq isytihar berkabung 3 hari peringati pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah
Ia sebagai penghormatan kepada Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama.

Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.

Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.

Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.

Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.