Watikah pelantikan tersebut disampaikan semasa majlis Sinergi Bersama Alumni UPNM 2025 yang diadakan di WTCKL hari ini, yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Prof Datuk Ahmad Mujahid.
Anugerah Alumni Tersohor mula diperkenalkan mulai tahun 2025 dan merupakan satu penghormatan yang dianugerahkan oleh UPNM kepada alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam bidang masing-masing.
Anugerah ini mengiktiraf sumbangan mereka terhadap universiti, masyarakat, negara dan dunia dan setakat ini seramai sembilan alumni UPNM menerima watikah pelantikan
“Saya amat berbesar hati menerima Anugerah Alumni Tersohor UPNM dan Anugerah Watikah Duta Alumni UPNM ini. Saya sangat teruja dan bangga untuk menjadi penerima pertama yang menerima Anugerah Alumni Tersohor UPNM ini.
"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak universiti atas pengiktirafan ini. Saya akan terus membuat yang terbaik untuk memperkasakan dan memperkukuhkan jaringan alumni UPNM secara berterusan,” katanya.
Beliau kini sedang mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pertahanan di UPNM.
Beliau juga merupakan Profesor Adjung, Pejabat Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPNM dan juga telah dianugerahkan Anugerah Sarjana Cemerlang Tuanku Canselor (Sains Sosial) oleh universiti yang sama pada 2023.
Pengiktirafan tersebut menambah senarai pencapaiannya yang mengagumkan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dan penyumbang kepada kemajuan ilmu dalam dunia korporat dan akademik.