LUMUT: Tugas hakiki sebagai anggota pasukan keselamatan negara tidak membataskan Bintara Skuadron Bravo KD Panglima Hitam, Bintara Muda PAP (PKL) Abdul Rahman Abu Hassan untuk terus aktif dalam acara sukan lasak.
Abdul Rahman, 40, tahun menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 9 Jun 2004, sebelum menggalas tanggungjawab dalam Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM setahun kemudiannya.
Bersempena Istiadat Perbarisan Hari TLDM di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini, Abdul Rahman menerima anugerah Bintara Terbaik TLDM 2022 yang disampaikan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.
Antara sukan lasak yang disertai Abdul Rahman ialah acara triatlon dan Ironman yang memerlukan beliau menyempurnakan acara renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.
Pada tahun ini Abdul Rahman berkata beliau akan menyertai tiga acara Ironman iaitu Ironman 70.3 Desaru pada Mei, Kejohanan Dunia Ironman 70.3 di Finland (Ogos) dan Ironman Langkawi (Oktober).
"Untuk layak ke Kejohanan Dunia bukan semua orang boleh pergi sebab kita kena layak dari segi catatan masa dan ranking kerana kalau kita ada duit untuk bayar sekalipun bagi menyertai acara tersebut, dia tak boleh pergi melainkan kita layak dengan catatan masa yang kita buat," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Dalam kerjaya Abdul Rahman mempamerkan kecemerlangan apabila berjaya menjadi Penuntut Terbaik Kursus Modul Kepimpinan dan Pengurusan (Kursus Penyelia Paskal) pada tahun lepas, selain pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2017.
"Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan berterima kasih di atas penghargaan yang diberikan kepada saya. Penganugerahan ini bukanlah semata-mata (diberi) atas kejayaan saya, tetapi apa yang saya rasa ialah orang di sekeliling saya, isteri, anak-anak, rakan sekerja, kawan-kawan, unit dan pasukan (juga menyumbang) yang menjadi antara faktor kejayaan saya," katanya.
Abdul Rahman berkata komitmen terhadap tugas hakiki sebagai anggota Paskal tidak pernah membataskan beliau untuk terlibat secara langsung dengan kegiatan sosial di dalam mahupun luar perkhidmatan.
Hasil bergiat aktif dan sentiasa menonjolkan diri dalam acara sukan lasak membolehkan beliau terplilih sebagai duta dan jurucakap bagi produk jam terkemuka Garmin (2016 hingga 2021) serta suplemen pemakanan sukan, N8 (sejak 2018 sehingga kini).
Menurutnya beliau menggunakan platform berkenaan sebagai medium untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tugas dalam TLDM, sekali gus memberikan imej positif kepada masyarakat.
"Cabaran sebenarnya adalah masa. Saya boleh bahagikan masa atau tidak sebab saya ada anak-anak, isteri, kerjaya dan benda yang saya minat, jadi saya perlu betul-betul bahagikan masa untuk seimbangkan kesemuanya (aktiviti)," katanya.
Abdul Rahman berharap persatuan sukan lasak di TLDM akan lebih maju, cemerlang serta mampu melahirkan ramai atlet yang berjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) menyampaikan Anugerah Bintara Terbaik TLDM kepada Abdul Rahman (kiri) pada acara perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-89 di Pangkalan TLDM Lumut hari ini. - Bernama
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Ironman TLDM dianugerahi Bintara Terbaik, kerjaya tentera tak halang aktif bersukan lasak
Abdul Rahman, 40, tahun menyertai TLDM sejak 9 Jun 2004, sebelum menggalas tanggungjawab dalam Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM setahun kemudiannya.