PUTRAJAYA: Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu memaklumkan, bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.
Keputusan sebulat suara tersebut dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Vazeer Alam berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, bayaran telah dibuat kepada Isa (selaku perayu) melalui dua saksi, namun ia tidak disokong dengan bukti boleh dipercayai.
Dua individu itu ialah saksi pendakwaan ke-21 (SP21), (ketika itu) pegawai khas politik Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip dan SP16, bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.
“Ia berdasarkan keterangan, SP16 dikatakan telah membuat sembilan pembayaran kepada SP21 tetapi tiada bukti yang menunjukkan perayu telah menerima bayaran tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Mahkamah Tinggi juga membuat dapatan bahawa suapan diberi oleh SP16 kerana bimbang perayu boleh membatalkan kontrak penjualan Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, kerana Isa (ketika itu) bertindak sebagai Pengerusi Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.
“Bagaimanapun, kami bersetuju dengan pembelaan perayu bahawa, pertuduhan menjadi cacat kerana isu yang menyentuh kebimbangan perayu boleh membatalkan kontrak, tidak dinyatakan dalam mana-mana sembilan pertuduhan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Vazeer Alam berkata, pihak pendakwaan telah membentangkan dua naratif yang berbeza mengenai kes ini, iaitu dalam pertuduhan dan pernyataan pembukaan mereka.
Menurutnya, ia menyatakan bahawa suapan itu adalah ganjaran untuk membantu meluluskan pembelian MPHS yang mana kemudiannya ditukar kepada dorongan supaya perayu tidak mengganggu kontrak pembelian hotel tersebut.
Beliau berkata, persoalan mula timbul mengenai Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang digunakan oleh hakim perbicaraan dalam memutuskan sama ada kes prima facie telah diwujudkan terhadap perayu sebagai suatu ganjaran atau dorongan.
Meskipun begitu, beliau berkata, pihak pendakwaan tidak boleh menukar pertuduhan di pertengahan jalan, dengan secara tiba-tiba kerana mereka perlu mematuhi butir-butir pertuduhan yang dinyatakan.
“Menjadi undang-undang bahawa perayu mesti mempunyai dokumen yang jelas mengenai perkara yang didakwa kerana jika tidak dia akan diprejudis secara serius dalam pembelaannya.
“Jika berlaku dua versi percanggahan kes pendakwaan, maka kekaburan yang timbul perlu diselesaikan,” katanya.
Susulan itu, panel tiga hakim ini mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memutuskan kes prima facie berdasarkan keterangan SP16.
“Oleh itu, kami mendapati bahawa secara keseluruhannya, sabitan ke atas kesemua sembilan pertuduhan adalah tidak selamat.
“Terdapat merit dalam permohonan ini maka rayuan terhadap sabitan dan hukuman berhubung semua pertuduhan dibenarkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan, perayu dibebaskan dan dilepaskan,” kata Vazeer Alam.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz ketika ditemui pemberita memaklumkan, pihaknya perlu berbincang dengan Peguam Negara (AG) sebelum memutuskan sama ada merayu atau sebaliknya, berhubung keputusan ini.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 75, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhi tertuduh hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan, kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Februari 2021.
Dalam rayuan ini, bekas pemimpin UMNO itu diwakili peguam, Datuk Salehuddin Saidin manakala pendakwaan sebagai responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024

Isa ditemani barisan peguamnya hadir ke Mahkamah Rayuan pada Rabu. - Gambar/ Astro AWANI

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.

Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.

'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad menegaskan, ketaatan dan kesetiaan terhadap UMNO tidak berbelah bahagi.

Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.

Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.

Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan
Pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.

28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara berkaitan kes rasuah.

Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain
Keputusan rayuan Isa Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan.Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Isa Abdul Samad berhubu

PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah
Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau menggunakan populariti ayahnya untuk meraih undi sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) ini.