Ini susulan dia dilihat mengalami kecederaan teruk selepas dicampak keluar oleh Bron Breakker ketika melakukan penampilan pertama sebagai tetamu jemputan dalam saingan Royal Rumble WWE, semalam.
Dia yang masuk sebagai peserta kelapan dilanggar dengan keras sebelum dicampakkan ke meja pengulas dengan perkongsiannya di laman X menyaksikan dia memakai pendakap leher dan sedang bertongkat.
"Tidak akan (sertai) lagi WWE," katanya.