KUALA LUMPUR:Meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhususkan untuk simpanan masa depan, namun institusi itu komited untuk membantu ahlinya dalam apa juga situasi khususnya ketika negara berdepan pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
"Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.
"Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas akibat COVID-19," katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
BACA: i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon
Dalam pada itu, Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.
Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak.
"Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
"Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua," katanya.
Selain itu, beliau menambah, KWSP juga memperkenalkan kadar penurunan caruman daripada 11 peratus kepada 7 peratus untuk membantu meringankan beban ahli dalam situasi sukar ini.
"Langkah itu bagi memastikan setiap ahli mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan harian.
"Justeru, i-Sinar bukanlah suatu perkara yang perlu dilihat secara persendirian, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh daripada program i-Lestari, penurunan kadar caruman dan sekarang i-Sinar," jelasnya.
Hasimi Muhamad, Fauzi Suhaimi
Thu Dec 03 2020

Alizakri berkata, tujuan penubuhan KWSP bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.