PEMINAT seni bela diri campuran (MMA) sekali lagi bakal menyaksikan permusuhan kru dari Dagestan dan Ireland di UFC selepas penyandang juara Lightweight, Islam Makhachev mengalu-alukan pertarungan dengan Conor McGregor.
Menurut Islam, dia tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk bertarung dengan McGregor kerana percaya ia bakal menjadi pertarungan paling mudah dalam kariernya.
Tambah Islam yang juga teman rapat dan rakan sepelatih Khabib Nurmagomedov, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
“Orang bodoh saja yang tolak berlawan dengan McGregor kerana dia bukan lagi seperti dahulu.
“Sekarang siapa sahaja mampu menumbangkan McGregor di dalam Oktagon dan bawa pulang wang tunai yang banyak.
“Sudah tentu saya menerimanya (bertarung dengan McGregor).
"Dulu, semasa berdepan Khabib, McGregor adalah petarung yang bagus.
“Tapi sekarang, terlalu banyak (minum) alkohol... Sesiapa sahaja boleh menewaskannya,” ujar Islam yang dalam persiapan mempertahankan tali pinggang Lightweight berdepan Dustin Poirier dalam UFC 302 di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 2 Jun ini.
McGregor kali terakhir beraksi di Oktagon pada 2021 yang menyaksikan petarung dari Crumlin, Dublin itu patah kaki selepas menentang Poirier.
Anak emas Presiden UFC, Dana White itu dijangka kembali ke gelanggang dalam UFC 303 berdepan Michael Chandler pada 30 Jun depan.
Sebagai rekod, pertarungan McGregor-Khabib di UFC 229 pada 6 Oktober 2018 mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah organisasi itu.
Beberapa hari menjelang aksi di Oktagon, McGregor melancarkan perang psikologi ke atas Khabib dengan menghina isteri, bapa, agama dan negaranya.
Lebih teruk lagi, McGregor bertindak menyerang bas dinaiki Khabib yang menyebabkan beberapa petarung termasuk Michael Chiesa dan Ray Borg cedera dan terpaksa menarik diri.
Pada hari pertarungan, Khabib mendominasi McGregor dan menang menerusi gerakan submission di pusingan keempat.
Bagaimanapun, acara utama UFC 229 tersebut 'dicemari' tindakan Khabib yang melompat keluar gelanggang dan menerkam jurulatih jiu-jitsu kem McGregor, Dillon Danis yang didakwa mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap jaguh dari Dagestan itu.
Kekalahan itu masih berbekas di hati McGregor dan dia kerap menghina Khabib di media sosial dengan harapan petarung Rusia itu keluar daripada persaraan dan sekali lagi masuk ke Oktagon untuk pertarungan ulangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 20 2024
Islam Makhachev (kiri) tidak menolak kemungkinan bertarung dengan Conor McGregor. - Foto Agensi/Sinar Harian
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302
Islam Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound'
Islam Makhachev mengekalkan kejuaraan lightweight miliknya selepas mengalahkan Alexander Volkanovski dalam acara utama UFC 284, pada Ahad.
McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev
McGregor akui kagum dengan corak pertarungan dipamerkan Islam Makhachev di UAE, namun menegaskan dia ada tekniknya sendiri.
Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC
Islam Makhachev melakar kemenangan bergaya ke atas Charles Oliveira untuk meraih kejuaraan lightweight UFC pada Ahad.
UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green
Islam Makhachev mencatatkan kemenangan kesepuluhnya dalam UFC, selepas menewaskan Bobby Green dari dalam acara utama UFC Vegas 49 pada Ahad.
UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'
Selepas mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut, Islam Makhachev akui sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan gelaran lightweight UFC.