PELAKON, pelawak dan penyanyi popular 1980-an, Isma Aliff dikhabarkan sedang ditidurkan di sebuah hospital.
Perkara itu dimuat naik sahabatnya yang juga pelakon, Ebby Saiful Ali menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.
"Mohon pada sahabat-sahabat sekalian untuk mendoakan kesihatan sahabat saya pelakon, pelawak dan penyanyi, Isma Aliff yang kini berada di hospital dan sedang ditidurkan.
"Semoga segera diberi kesembuhan, amin Ya ALLAH," kongsinya.
Difahamkan, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, 59, berada dalam keadaan kritikal selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.
Pelakon filem Marah-Marah Sayang itu sudah berada di hospital sejak Jumaat lalu kerana mendapat serangan angin ahmar.
Untuk rekod, Isma Aliff pernah membintangi filem seperti Jaket Biru dan Sayang Ibu.
Selain itu, beliau juga aktif dalam drama dan pernah berlakon di bawah arahan Aziz M Osman pada tahun 2000 menerusi drama Romeo.
Isma Aliff juga pernah menghasilkan empat buah album sendiri iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 19 2023
![Isma Aliff kini kritikal, ditidurkan Isma Aliff kini kritikal, ditidurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702986725_TBIsmaAlif.jpg)
Isma Aliff dikhabarkan kini ditidurkan di sebuah hospital selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru. -Sinar Harian
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![Pelakon, penyanyi era 80-an Isma Aliff terima sumbangan Perdana Menteri Pelakon, penyanyi era 80-an Isma Aliff terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729431945_AnwarIbrahim.jpg)
Pelakon, penyanyi era 80-an Isma Aliff terima sumbangan Perdana Menteri
Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.
![Isma Aliff kini kritikal, ditidurkan Isma Aliff kini kritikal, ditidurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702986725_TBIsmaAlif.jpg)
Isma Aliff kini kritikal, ditidurkan
Perkara itu dimuat naik sahabatnya yang juga pelakon, Ebby Saiful Ali menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.