SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'.
"Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega.
"Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana menteri sekarang adalah calon terbaik...UMNO kini bersatu, tenang dan bersiap sedia hadapi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 di sini hari ini.
BACA: Ismail Sabri bersyukur, sambut baik keputusan MKT UMNO
BACA: MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Mohamad yang juga ADUN Rantau itu berkata tindakan menamakan Ismail Sabri itu juga, menunjukkan kestabilan UMNO dengan tiada lagi masalah dalaman yang timbul, sekali gus parti itu boleh menyusun strategi menghadapi PRU15 nanti.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu turut mengulangi pendiriannya bahawa, tempoh sekarang hingga Jun ini merupakan 'masa terbaik' sekiranya diadakan PRU15 berdasarkan 'faktor semangat' dalam kalangan jentera pilihan raya, selepas kemenangan dalam PRN Melaka dan Johor.
"Mood 'feeling good' itu masih ada, ketika ini juga kita lihat parti pembangkang dalam keadaan bercempera (pecah-belah), jadi sebagai perancang kepada parti, ini waktu terbaik diadakan PRU15.
"Kita ikut 'window' fasa berfasa, masanya dari sekarang hingga Jun, kalau lebih (dari tempoh itu) kita tengok 'window' lain sebab dinamik politik berubah-ubah, kita tak boleh kata keadaan ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau tahun hadapan...perlu kaji dengan teliti," katanya.
Mengulas mengenai persiapan PRU15, Mohamad berkata beliau akan ke setiap negeri selepas Ramadan, bagi memantau dan meneliti kerusi mana yang perlu difokuskan dan berpotensi untuk peroleh kemenangan.
"Ada kawasan yang kita nak kekalkan, ada kawasan yang kita nak dapatkan dan ada kawasan yang kita nak kurangkan kekalahan, itu strategi saya...kita perlu berpijak di atas realiti, bukan semua kita mahu bertanding," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Mohamad berkata beliau akan ke setiap negeri selepas Ramadan, bagi memantau dan meneliti kerusi mana yang perlu difokuskan dan berpotensi untuk peroleh kemenangan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Mayat Hud Aryan ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Februari 2025
1️⃣ Mayat Hud Aryan ditemukan
2️⃣ UMNO ketengah calon miliki ciri wali
3️⃣ Yayasan Peneraju sasar lahir 100,000 profesional Bumiputera
#awaniringkas
1️⃣ Mayat Hud Aryan ditemukan
2️⃣ UMNO ketengah calon miliki ciri wali
3️⃣ Yayasan Peneraju sasar lahir 100,000 profesional Bumiputera
#awaniringkas
Pantau Agenda Reformasi: RUU Majlis Media Malaysia mengangkat martabat kewartawanan parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 disifatkan 'game changer' (pengubah keadaan) untuk media di negara ini beralih daripada campur tangan atau pergantungan kepada kerajaan kepada kawalan dalam kalangan pengamalnya sendiri.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.
ASEAN 2025 | 26 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Syaff Shukri membawa tumpuan berikut:
1. PM Anwar yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan
2. Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati ADMM
3. Thailand perkuar kerjasama antarabangsa tangani penipuan telekomunikasi
1. PM Anwar yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan
2. Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati ADMM
3. Thailand perkuar kerjasama antarabangsa tangani penipuan telekomunikasi
AWANI Borneo [26/2/2025] – Empat PPS dibuka| Tumpu kawasan strategik| Kolaborasi bersama UMS
AWANI Borneo bersama Syaff Shukri
1. Banjir Telupid: Faktor geografi dan logistik sukarkan operasi APM.
2. Tinggal lima tahun lagi, Sarawak yakin capai 100 peratus bekalan elektrik pada 2030.
3. Pusat AI pertama Sabah dijangka beroperasi hujung tahun ini.
1. Banjir Telupid: Faktor geografi dan logistik sukarkan operasi APM.
2. Tinggal lima tahun lagi, Sarawak yakin capai 100 peratus bekalan elektrik pada 2030.
3. Pusat AI pertama Sabah dijangka beroperasi hujung tahun ini.
PEKB perkasa kemahiran golongan e-kasih
Presiden, Persatuan Pembangunan Eko dan Usahawan Sosial Sabah (SEED) Datuk Aminah Ambrose menyatakan Program PEKB ini bukan sekadar memberikan latihan tetapi juga mencipta peluang bagi komuniti bandar untuk membangun ekonomi mereka secara mampan.
Ikhlas Capital bantu perkukuh perniagaan PMG Healthcare
Pengerusi dan Rakan Pengasas Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Razak, berkata,PMG Healthcare telah membuktikan rekod prestasi yang baik, kepimpinan yang kukuh, budaya yang mantap dan keupayaan yang terbukti dalam bidang yang diceburinya.

PAS enggan layan polemik siapa wajar jadi PM
PAS lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.