KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi Facebook (FB) miliknya bahawa Menteri Pertahanan itu tidak kompeten dalam menjalankan tugas ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ismail Sabri, 61, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu dalam kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 5 Mac lepas dengan menamakan Anina, 46, selaku defendan tunggal.
Dalam penyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Anina telah menerbitkan 13 kata-kata fitnah terhadap plaintif dan turut memuat naik video di dalam Facebook miliknya, antara lain mendakwa menteri itu tidak kompeten dalam menjalankan tugasnya ketika melaksanakan peraturan-peraturan ketat untuk memerangi penyebaran COVID-19 menerusi PKP.
Menurut plaintif, 13 penyiaran kata-kata fitnah dibuat oleh Anina bermula 5 Feb hingga 3 Mac lepas menerusi Facebooknya yang turut dikongsi oleh pengguna laman sosial itu.
Kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif adalah 'boneka' yang semata-mata melaksanakan perintah perdana menteri, tidak cekap dan kompeten dalam kerjayanya.
Menurut Ismail Sabri, laporan polis telah dibuat terhadap defendan dan siasatan oleh pihak berkuasa dimulakan terhadap siaran fitnah itu, namun defendan tidak mengendahkan perkara berkenaan.
Menurutnya akibat kata-kata fitnah itu, reputasinya turut terjejas dan siaran-siaran fitnah yang dibuat oleh defendan adalah berniat jahat untuk mencederakan dan menjatuhkan nama baik serta imej plaintif.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain difikirakan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, Ismail Sabri turut memfailkan permohonan secara ex parte (sebelah pihak) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi memaksa defendan dengan serta-merta memadamkan kesemua penyiaran fitnah mengenai plaintif di akaun Facebook defendan dan injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada membuat penyataan fitnah menerusi media sosial yang diuruskan oleh defendan.
Ahli Parlimen Bera memfailkan permohonan itu atas alasan defendan secara berterusan sejak awal Feb lepas, menyiarkan beberapa kata-kata fitnah terhadap plaintif, yang tidak benar.
Plaintif mendakwa walaupun laporan polis telah dibuat, namun defendan masih tidak menyesal dan terus menyiarkan 12 kata-kata fitnah terhadap plaintif pada 13 Feb, 17, 18 dan 19 Feb serta 23 Feb lepas, mengakibatkan surat tuntutan bertarikh 24 Feb lepas dihantar, antara lain memohon supaya defendan dengan serta merta memadamkan siaran-siaran fitnah itu.
Dakwa plaintif, defendan enggan membalas kepada tuntutan plaintif dan terus menyiarkan dua lagi kata-kata fitnah terhadap plaintif pada 3 Mac lepas.
Permohonan perintah injunksi itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril hari ini.
Bernama
Thu Mar 11 2021

Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera memfailkan permohonan itu atas alasan defendan secara berterusan sejak awal Feb lepas, menyiarkan beberapa kata-kata fitnah terhadap plaintif, yang tidak benar. - Gambar fail
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Insiden keselamatan siber tunjuk trend menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

Manchester United jimat cermat, lepaskan Alex Ferguson sebagai duta
Pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mencadangkan kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, bahawa susulan status kewangan kelab itu bermakna khidmat Ferguson sebagai duta kelab tidak lagi di

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan

Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.

PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.

Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.

PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.

PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.

PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).