TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi telah diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.
Lawatan pertama Ismail Sabri ke Jepun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 21 Ogos lepas ini, merupakan lawatan paling berprofil tinggi ke negara matahari terbit itu selepas lebih dua tahun, susulan sekatan perjalanan disebabkan pandemik COVID-19.
Pesawat yang membawa perdana menteri mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira pukul 11.10 malam (10.10 malam waktu Malaysia), dan Ismail Sabri kemudiannya terus dibawa ke hotel penginapannya.
Yang berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaannya termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Nor' Azam Mohd Idrus, Ketua Pengarah Hal Ehwal Asia Tenggara Kementerian Luar Jepun Kano Takehiro dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.
Ismail Sabri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu Oktober lepas, dalam lawatannya ini.
Pertemuan secara fizikal itu akan memberikan peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada Malaysia-Jepun dan kolaborasi pelbagai bidang, di samping membolehkan kedua-dua pemimpin saling bertukar pandangan berhubung kepentingan ketenteraman antarabangsa dan kestabilan serantau.
Menurut kenyataan Wisma Putra, agenda utama pertemuan Ismail Sabri dan Kishida termasuk memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, dan kerjasama pasca COVID-19.
Semasa di Tokyo, Ismail Sabri juga akan menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia, perhimpunan tahunan pemimpin politik dan ekonomi serta ketua industri dari rantau Asia Pasifik, atas jemputan Nikkei Inc, di samping menyampaikan ucaptama di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan "Redefining Asia's Role in a Divided World"
"Lawatan itu mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia-Jepun kerana kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini," kata Wisma Putra.
Pada 2021, Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan bernilai kira-kira RM149 bilion. Sehingga 2021, Jepun adalah pelabur asing ketiga terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan bagi projek yang dilaksanakan bernilai kira-kira RM90.9 bilion.
Menurut Wisma Putra, Malaysia dan Jepun akan menandatangani memorandum kerjasama dalam tiga bidang membabitkan industri pesawat udara, pekerja mahir, serta belia dan sukan semasa lawatan itu.
Ismail Sabri juga dijadualkan bertemu dengan pemimpin korporat dan ahli perniagaan terkemuka dari beberapa syarikat terkemuka di Jepun bagi menarik kehadiran lebih banyak pelaburan asing.
Ismail Sabri akan diiringi beberapa menteri kabinet semasa lawatan.
Mereka termasuk Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Datuk Seri Richard Riot Jaem.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Pesawat yang membawa perdana menteri mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira pukul 11.10 malam. - Gambar/ Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.