KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyatakan, yang beliau tidak meletakkan jawatan dari syarikat itu kerana beliau yakin dengan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB, disebabkan urusniaga dana kekayaan negara dengan Arab Saudi.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, 58, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH) dari tahun 2006 hingga 2016 berkata, beliau berpandangan bahawa usahasama antara syarikat itu dan Arab Saudi akan mendatangkan manfaat.
Perkara ini terjadi, meskipun terdapat ketidakpatuhan pengurusan 1MDB membabitkan usahasama antara syarikat itu dengan syarikat pengeluaran minyak dan gas yang berpangkalan di Arab Saudi Petrosaudi Internaional Ltd pada September 2009, yang telah membangkitkan kemarahan bekas Pengerusi 1MBD, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram telah merujuk kepada saksi minit mesyuarat pada 26 Sept 2009, di mana lembaga pengarah telah memberikan beberapa ketetapan mengenai kerja sama itu, namun tidak dipatuhi oleh pihak pengurusan.
Mohd Bakke meletakkan jawatannya tidak lama selepas itu iaitu 19 Okt 2009.
Tambah Ismee, ketika beliau baru menyertai 1MDB pada 2009, beliau berpandangan bahawa ia sesuatu transaksi yang baik untuk syarikat dalam kapasitinya sebagai CEO Tahun Haji, ia suatu inisiatif yang baik bagi meningkatkan lagi hubungan dengan Arab Saudi.
"Pada masa itu saya mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dalam kepimpinan, pada PM (Najib) sendiri, kepercayaan dan kesetiaan, jadi sebab itu saya tidak lakukan 'tindakan Bakke'", kata Ismee.
Saksi pendakwaan ke-13 itu merujuk kepada tindakan Mohd Bakke yang meninggalkan syarikat pada 2009.
Sementara itu, seorang lagi saksi bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir, tidak bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Hariharan Tara Singh bahawa kesetiaan beliau bukan untuk 1MDB ataupun anak syarikatnya, tetapi kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Saksi ke-12 pendakwaan itu, telah disoal mengenai US$1.58 bilion yang telah dipindahkan keluar dari 1MDB Global Investments Ltd (1MDB GIL) seperti diarahkan oleh Jho Low.
Hariharan: Adakah anda setuju dengan saya, kesetiaan sepatutnya kepada 1MDB, 1MDB GIL dan bukannya orang luar (Jho Low)?
Azmi: Saya percaya beliau (Jho Low) mewakili pemegang saham (Najib).
Mahkamah diberitahu bahawa US$1.58 bilion telah digunakan untuk pelaburan luar yang tidak dijelaskan.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 April. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Ismee Ismail (kiri) yakin dengan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam 1MDB disebabkan urusniaga dana kekayaan negara dengan Arab Saudi. - Gambar fail

MMM langkah penting ke arah media bebas, bertanggungjawab - Wartawan Sabah
Penubuhan Majlis Media Malaysia merupakan satu langkah penting ke arah media yang bebas dan bersifat kawal selia kendiri di negara ini.
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Siklon Garance ragut 3 nyawa
Tiga terkorban, 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.
[TERKINI] PMO adakan taklimat dua kali sehari setiap hari
Bernula hari ini, satu taklimat harian yang dikendalikan Pejabat Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia setiap hari jam 11 pagi dan 5 petang.

Ejen pelancongan parah dilibas sabit gara-gara berebut pelanggan
mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telinga kiri serta dihantar ke HQE untuk mendapatkan rawatan.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.
PM Anwar perkenal Taklimat Harian PMO untuk salur maklumat tepat kepada rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan
Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
Menteri letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.