RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Lula da Silva sekali lagi menegaskan bahawa Israel telah melakukan "genosid" terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Bercakap pada satu acara di Rio de Janeiro semalam, Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak."
"Beribu-ribu kanak-kanak terbunuh, ribuan lagi hilang. Bukan tentera yang terbunuh, tetapi wanita dan kanak-kanak. Jika ini bukan dikatakan genosid, saya tidak tahu apa maksud sebenar genosid".
Awal bulan ini, da Silva menyifatkan apa yang dilakukan rejim itu di Gaza sama seperti Holocaust Nazi semasa Perang Dunia II.
Bercakap kepada media di luar sidang kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa pada 18 Feb, beliau berkata apa yang berlaku di Gaza bukanlah peperangan tetapi genosid.
Beliau menyifatkan apa yang terjadi itu tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Berikutan kenyataan itu, Brazil memanggil pulang dutanya ke Tel Aviv pada hari berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak." - Reuters

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.

MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.

Angka korban di Gaza melebihi 45,700 orang selepas 59 lagi rakyat Palestin maut
Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan kira-kira 108,856 orang telah cedera dalam serangan berterusan berkenaan.

Bayi kelima maut di bumi Gaza akibat cuaca sejuk melampau
Tragedi berlaku ketika ribuan keluarga terus bertahan dalam khemah sementara di Deir al-Balah akibat genosid yang sedang berlangsung.

Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza
Seruan berkenaan disampaikan dalam 24 bahasa negara-negara anggota EU di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, Brussels.

Keadaan hidup di Gaza musnah akibat serangan dan sekatan berulang - Laporan
Penduduk di Gaza bergelut untuk bertahan dalam keadaan apokaliptik; tetapi tiada tempat yang selamat, tiada siapa yang terkecuali dan tiada jalan keluar.

Derita tidak terperi di Gaza, Malaysia seru tindakan segera pada mesyuarat D-8 di Kaherah
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan kebimbangan terhadap krisis yang semakin meruncing di Asia Barat yang disebabkan serangan Israel.

Liga Muslim Sedunia kecam keputusan Israel luaskan petempatan di Golan
Pada Ahad, rejim Israel mengumumkan rancangan untuk menggandakan populasi di Bukit Golan, dengan alasan ancaman dari Syria.

Angka kematian di Gaza melebihi 45,000 di tengah-tengah serangan genosid Israel
Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu bahawa seramai 106,962 orang lagi cedera dalam serangan yang berterusan.

Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.