Selain kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana cinta diterjemahkan dalam pembinaan monumen indah seperti Kellie's Castle di Perak dan Taj Mahal di India.
Begitulah juga yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila menzahirkan cinta terhadap isteri baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dengan membina Istana Abdulaziz.
Ramai yang tidak menyedari sebenarnya nama Abdulaziz yang digunakan pada istana yang dibina di atas bukit di Indera Mahkota di sini adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Hal itu diakui sendiri oleh Tunku Azizah menerusi pegawai media baginda Zamzurina Ahmad ketika Bernama memohon perkenan untuk membuat artikel tentang istana berkenaan.
“Baginda (Tunku Azizah) turut memaklumkan idea untuk menamakan istana berkenaan dengan nama Abdulaziz diperoleh semasa menunaikan haji bersama Sultan Abdulah dan ia membawa maksud hamba Allah yang mulia,” katanya.
Sementara itu, Datuk Zulkifli Jaafar, 72, arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk istana berkenaan berkata proses rekaan dan pembinaan istana itu telah bermula pada 1986 dan siap dibina sepenuhnya pada 1991.
Mengimbas kembali peristiwa itu, Zulkifli berkata beliau telah dipanggil menghadap Sultan Abdullah pada 1986 sejurus setelah baginda berkahwin dengan Tunku Azizah bagi membincangkan mengenai pembinaan sebuah istana yang baharu.
“Sultan Abdullah mahu bina satu Istana baharu di Atabara (nama lama Indera Mahkota) dan Tuanku mahu istana baharu itu berada di atas bukit. Dalam perjumpaan itu juga, Tuanku telah meminta supaya saya berurusan secara terus dengan Tunku Azizah dalam mereka bentuk Istana tersebut.
“Reka bentuk dan konsep Istana Abdulaziz itu datangnya daripada hasil idea, kerjasama dan cadangan oleh Tunku Azizah sendiri, kebebasan penuh diberikan kepada Tunku Azizah pada masa itu,” katanya kepada Bernama.
Hasilnya terbinalah istana dua tingkat itu tersergam indah dengan bumbung simbolik berwarna biru muda dan diserikan dengan seni bina berkonsepkan neoklasik ang menjadi kebanggaan rakyat Pahang.
Istana yang terletak kira-kira 10 km daripada pusat bandar Kuantan, di atas bukit dengan keluasan tanah 17.2 hektar itu, dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan dan balai menghadap selain landskapnya yang memukau.
Tambah Zulkifli lagi, Tunku Azizah merupakan seseorang yang teliti dalam melakukan perancangan dan amat mementingkan keselesaan dalam reka bentuk kediamannya.
“Tunku Azizah tidak mahu Istana yang besar-besar atau mewah, itu bukan keutamaannya dan ini jelas mencerminkan sifat rendah diri yang ada pada diri baginda berdua,” tambah Zulkifli yang juga merupakan arkitek Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Bernama
Thu Jan 31 2019
Ramai yang tidak menyedari sebenarnya nama Abdulaziz yang digunakan pada istana yang dibina di atas bukit di Indera Mahkota di sini adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
AWANI 7:45 [4/2/2025] – Imbangi Kesan Harga Beras | 85 Peratus Tidak Terkesan | Perkhidamatan Tambahan KTM Komuter | Harga Prihatin
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.