KUALA LUMPUR: Teater Muzikal Puteri Hang Li Po yang diberi nafas baharu merupakan antara tiga program utama bakal dipersembahkan oleh Istana Budaya (IB) di pentas Encore Melaka, dijangka pada Oktober ini.
Ketua Pengarahnya, Zubaidah Mukhtar berkata, teater muzikal yang mengimbau sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pernah dipentaskan di Panggung Sari, IB pada 2004 itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
"Mengekalkan keaslian jalan cerita dengan beberapa penambahbaikan, lima pementasan (Teater Muzikal Puteri Hang Li Po) ini akan menjadi bukti kerjasama strategik bersama Encore Melaka yang telah menjadi venue persembahan antarabangsa tersohor.
"Istana Budaya akan menjadi sebahagian pemangkin kepada usaha kerajaan melalui MOTAC (Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya) menyemarakkan industri pelancongan budaya melalui Teater Muzikal Hang Li Po yang mempunyai signifikan kepada simbolik sambutan hubungan diplomatik dua negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program IB 2024 dan Buku Rekaan Kostum.
Zubaidah berkata, dua program utama lain ialah Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia yang mendapat kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi selain program Lambang Sari Series yang mendapat sambutan jualan tiket di luar jangkaan (panggung penuh) tahun lepas.
"Produk istimewa oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan atau OSK ini juga akan berada di beberapa venue persembahan terpilih dalam negara," katanya.
Zubaidah turut berkongsi kejayaan pelaksanaan 29 program dengan nilai publisiti media sebanyak lebih RM750 juta tahun lepas dan mengumpul seramai lebih 154,000 penonton di Istana Budaya, sekali gus membantu kepesatan industri serta pulangan penjanaan ekonomi kebudayaan.
Pada majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff itu, IB turut melancarkan buku rekaan kostum Teater Muzikal Hang Li Po dan Muzikal Cheng Lok serta Buku Rekaan Kostum Teater Kanak-Kanak Muzikal Ali Baba dan Muzikal Sinbad, sebagai bahan rujukan proses penyediaan kostum persembahan di IB.
Mohd Yusri turut menyampaikan sijil penghargaan Nilai Publisiti Media Tertinggi 2023 kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Harian Metro dan Berita Harian.
Selain itu, Zubaidah berkata, kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan termasuk bumbung pusat tersebut yang bermula Jun lepas, berjalan lancar.
Bangunan panggung IB ditutup dan tidak akan beroperasi untuk sebarang acara atau pementasan sehingga 5 Jan 2026 dan dijangka dibuka pada tahun yang sama selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Menurut Zubaidah, pementasan Teater Muzikal Hang Li Po dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. - Foto BERNAMA

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Istana Budaya guna teknologi hijau selaras aspirasi global terhadap alam sekitar
Antara langkah awal diambil Istana Budaya ialah menukar lampu sedia ada kepada lampu LED yang dapat menjimatkan tenaga sejak Ogos lepas.

Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.

Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.

SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.

DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.

Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.

'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.

Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.

Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.