Beberapa tarikan baru bakal diperkenalkan di Istana Negara Lama bermula Januari ini bagi menarik lebih banyak kunjungan pelancong asing dan tempatan.
Ia termasuk memperkenalkan dua pengawal berpakaian tradisional Melayu yang akan mengawal pintu gerbang istana.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata melalui cara ini pengunjung berpeluang merasai suasana seperti zaman silam selain membangkitkan nostalgia dan tradisi zaman Kesultananan Melayu dahulu kala.
"Istana lama ini kita juruskan kepada tradisi lama, tradisi lama bermakna cara-cara kesultanan di Melaka dulu membuat tindakan dan mengambil langkah persiapan mengganti pengawal.
“Itu saja yang kita ambil supaya orang yang ingin melawat ke perkarangan Istana Lama ini terasa suasananya atau bahasa Inggerisnya ‘the ambience of the enviroment’,” kata Rais kepada pemberita hari ini.
Tambahnya inisitif ini akan menjadikan Istana Negara Lama sebagai salah satu produk pelancongan utama.
"Kami yakin Istana Negara Lama akan terus menjadi lokasi wajib bagi pengunjung tempatan dan luar negara kerana nilai warisan tradisinya yang sangat tinggi serta pihak berwajib akan sentiasa memantau segala program bagi memastikan segala barangan di dalamnya tidak rosak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan upacara persembahan hulubalang di perkarangan istana itu.
Bermula tahun depan juga, beberapa bilik di dalam istana negara lama akan dibuka kepada pengunjung.
Dengan cara ini pengunjung dapat mengetahui fungsi serta kegunaan bilik-bilik tersebut semasa 13 yang di-pertuan agong bersemayam di istana itu.
Astro Awani
Sat Dec 08 2012


Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

'Rebat RM200 seharusnya untuk semua telefon pintar'
Khairy Jamaluddin meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar tidak menghadkan rebat kepada telefon berharga RM500 sahaja.

Istana Negara Lama perkenal tarikan baru
Beberapa tarikan baru bakal diperkenalkan di Istana Negara Lama bermula Januari ini bagi menarik lebih banyak kunjungan pelancong asing dan tempatan.