KUALA LUMPUR: Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Na'imah, 66, isteri bekas Menteri Kewangan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, Na'imah didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 Nov 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.
Harta-harta tersebut adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail, di sini.
Na'imah didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Dis 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide manakala Na’imah diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, M.Puravalen dan Alex Tan.
Terdahulu, Na’imah yang memakai baju kurung berwarna hijau berkata: ”saya faham pertuduhan dan mohon dibicarakan”, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Pada 10 Jan lepas, Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.
Sebelum ini, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan bahawa kenyataan telah diambil daripada isteri dan anak-anak lelaki Daim untuk membantu siasatan di bawah undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.
SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora dan kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.
Terdahulu, Ahmad Feisal memohon mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke ibu pejabat SPRM sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mohd Yusof bagaimanapun memohon jaminan lebih rendah sebanyak RM250,000 selain membantah penyerahan pasport kepada mahkamah atas alasan anak guamnya bukanlah seorang 'flight risk' (risiko melarikan diri).
"Na'imah bukanlah terlibat dengan sebarang kes jenayah yang menjadikannya 'flight risk' dan beliau tinggal (kediamannya) di belakang mahkamah ini sahaja.
"Dia tidak akan ke mana-mana dan dia berada di sini untuk mempertahankan diri dalam kes ini," katanya.
Azura membenarkan Na'imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Turut kelihatan hadir di mahkamah adalah ahli keluarga tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Na'imah ketika tiba di pekarangan lobi Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kuala Lumpur hari ini. - Foto SHAHIR OMAR/Astro AWANI

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.

Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wujud indikator yang menunjukkan terdapat aset luar negara yang perlu dikesan berhubung kes berkenaan.

Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.

Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.

'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.

Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.

Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.