ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya sudah mencecah 14 minggu baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Official Hlive, Shuhada berkata, salah satu punca keguguran berkemungkinan disebabkan tekanan yang dihadapinya selain tidak makan ubat anti depresi.
“Shu nak khabarkan satu berita sedih… Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ni.
“Kedua, Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat anti depresi. Jadi, salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.
“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik, Shu minta nasihat positif daripada korang… Shu harap doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.
Menurut Shuhada lagi, dia terpaksa memaklumkan berita sedih itu disebabkan enggan membiarkan netizen membuat spekulasi dengan menuduh dia sengaja menggugurkan kandungan secara haram.
“Tujuan Shu untuk beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh Shu sengaja melakukan keguguran secara haram.
“Jadi untuk mengelakkan lagi fitnah, mengelakkan lagi tuduhan yang tak berasas, jadi pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat la untuk mengeluarkan kenyataan khabar berita yang sedih ini.
“Untuk mengelakkan lagi sebarang spekulasi atau pun kecaman dan semua yang negatif,” ujarnya.
Pada 13 April lalu, Shuhada menerusi Instagram mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah memasuki 10 minggu.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. - Gempak
Gempak
Tue May 09 2023
Nurul Shuhada berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya sudah mencecah 14 minggu baru-baru ini. - Gambar GEMPAK
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Isteri Hafidz Roshdi keguguran di usia kandungan 14 minggu
Kata Shuhada, salah satu punca keguguran berkemungkinan disebabkan tekanan yang dihadapinya.