PELAWAK dan penyampai radio Ajak Shiro mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya, Afifah Amin.
Ajak, 32, ketika dihubungi Astro Gempak berkata, tiada apa-apa yang serius dan isterinya berada dalam keadaan baik.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri saya, jangan risau tiada apa-apa yang serius dan dia sihat-sihat sahaja.
“Sebenarnya isteri saya demam selepas pulang daripada mengerjakan umrah dan terpaksa di kuarantin kerana bimbang virusnya merebak.
“Buat masa ini, dia masih dipantau oleh doktor dan belum boleh dibenarkan keluar daripada wad,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Katanya lagi, dia dan isteri sedang menanti keputusan darah untuk memastikan sama ada ada terkena jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) atau tidak.
“Insha-Allah, esok keputusan darah keluar harap-harap tiada apa-apa yang serius,” ujarnya.
Sementara itu, Afifah ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, dia berada dalam keadaan baik cuma mengalami sesak nafas.
“Semalam Ajak bawa saya ke hospital selepas saya mengadu sesak nafas dan demam tidak kebah sejak pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
“Selepas pemeriksaan dilakukan doktor tidak benarkan saya pulang kerana bimbang demam melarat,” katanya.
Ajak kira-kira pukul 11 pagi tadi memuat naik video isterinya di hospital menerusi ruangan IG Story sebelum berkongsi satu lagi foto di Instagram (IG).
Gempak
Thu Jan 04 2018

Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya, Afifah Amin.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

"Doakan ya..."- Tulang bahu isteri Ajak Shiro terkeluar
Pelawak Ajak Shiro meminta agar mendoakan kesembuhan isterinya, Afifah Amin yang terkehel tulang bahu buat kali kedua.

Tak cukup rehat, Ajak Shiro masuk hospital
Pelawak dan penyampai radio, Ajak dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak mempunyai rehat yang cukup.

Isteri sedang tunggu ujian darah, bimbang terkena virus MERS-CoV - Ajak Shiro
Afifah ketika dihubungi memberitahu dia berada dalam keadaan baik cuma mengalami sesak nafas.