KUALA LUMPUR: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini pastinya menjadi detik teristimewa buat Sultan Ibrahim apabila bakal melalui proses bersejarah sama seperti ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ditabal selaku Yang di-Pertuan Agong kelapan, 40 tahun lepas.
Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, istiadat itu bakal mengimbau kenangan cukup signifikan kerana Sultan Ibrahim akan bersemayam di atas singgahsana sama digunakan Almarhum ayahanda baginda dahulu.
"Singgahsana ini telah digunakan Almarhum Sultan Iskandar, jadi pastinya ia memberi makna tersendiri kepada Sultan Ibrahim.
"Sebelum ini, turut digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Lebih istimewa, pelantikan putera sulung Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail sebagai Pemangku Sultan Johor usai pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas, mengulangi catatan sejarah bagaimana Seri Paduka Baginda dilantik Pemangku Raja Johor sewaktu giliran Almarhum Sultan Iskandar bersemayam di Istana Negara pada 25 April 1984.
Azuan Effendy berkata, istiadat pertabalan pada 20 Julai ini juga akan menyaksikan Sultan Ibrahim menggunakan peralatan kebesaran istiadat seperti Pending Diraja yang sama digunakan Almarhum Sultan Iskandar ketika ditabal sebagai Ketua Negara.
Beliau berkata, alat kebesaran lain yang akan digunakan pada istiadat pertabalan nanti mempunyai nilai sejarah amat tinggi memandangkan ia merupakan warisan kebudayaan negara yang telah digunakan sejak istiadat pertama bermula 2 Sept 1957 dan masih dipulihara dengan baik sehingga kini.
Azuan Effendy berkata, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyatukan penggunaan warna kegemaran Seri Paduka Baginda berdua iaitu biru Tiffany dengan warna diraja iaitu kuning pada istiadat nanti.
"Seri Paduka Baginda berdua ada cita rasa tersendiri, jadi banyak perkara kita dah pilih untuk gunakan warna 'Tiffany Blue' dan disatukan dengan warna diraja kuning antaranya pada kad jemputan pertabalan dan buku atur cara pertabalan, semuanya kita guna warna itu," katanya.
Azuan Effendy berkata, elemen lain yang disifatkannya istimewa pada istiadat pertabalan kali ini adalah penggunaan Nobat Diraja Perak.
Beliau berkata, Sultan Ibrahim sendiri telah memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah untuk menggunakan Nobat Diraja Perak pada istiadat nanti dan ia amat simbolik kerana Raja Permaisuri Agong ialah puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato' Sri Ariff Shah.
"Ini tentunya menggamit nostalgia kerana pada istiadat pertabalan Almarhum Sultan Iskandar dulu pun menggunakan Nobat Diraja Perak," katanya.
Azuan Effendy berkata, alatan muzik Nobat Diraja Perak yang dimainkan oleh susur galur Orang Kalur di negeri itu hanya boleh dibawa keluar dari istana dan sempadan negeri setelah mendapat perkenan Sultan Perak.
"Permohonan perkenan itu amat istimewa dan berlangsung dengan penuh santun, Sultan Ibrahim sendiri menulis warkah yang dipersembahkan kepada Sultan Nazrin oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.
"Tak boleh saya selaku Datuk Paduka Maharaja Lela mohon sendiri melalui panggilan telefon, e-mel atau WhatsApp sahaja, ia dilakukan atas hubungan dua baginda raja," katanya sambil menambah nobat yang biasa dimainkan pada istiadat pertabalan itu hanya terdapat di Perak, Selangor, Terengganu dan Kedah.
Menurut Azuan Effendy, warkah perkenan Sultan Nazrin telah dipersembah kepada Sultan Ibrahim menerusi utusan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dan Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim.
Dalam pada itu, Azuan Effendy yang telah terlibat dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebanyak lima kali berkata, istiadat pertabalan kali ini juga mempamerkan sisi istimewa keakraban Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
"Sinergi baik antara Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong jelas terpancar apabila Sultan Ibrahim sendiri telah memberi perkenan kepada Sultan Nazrin untuk memilih menu yang akan disajikan sewaktu Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam istiadat pertabalan di Istana Negara," katanya.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Azuan Effendy ketika ditemu ramah sempena istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
Kementerian Pertahanan (Mindef) memfokuskan tiga perkara untuk diberikan perhatian dalam usaha menjayakan Kepengerusian ASEAN yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
KUPPutra, Raydiates Blue bantu usahawan PKS
Kelab Usahawan Putrajaya komited membantu usahawan melalui penganjuran bazar Aidilfitri iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya.
Istiadat pertabalan Agong ke-17 imbau nostalgia peribadi Sultan Ibrahim
Sstiadat itu bakal mengimbau kenangan cukup signifikan kerana Sultan Ibrahim akan bersemayam di atas singgahsana sama digunakan Almarhum ayahanda baginda dahulu.