KUALA LUMPUR: Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Istiadat pertukaran antara pengawal baharu dan lama di pekarangan hadapan Pintu 1 Istana Negara itu melibatkan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan 21 Skuadron Istiadat Berkuda (21 SIB) di bawah naungan Markas 12 Briged.
Seramai empat pegawai dan 80 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 1 RAMD serta dua pegawai dan 22 anggota LLP dari 21 SIB di bawah naungan Markas 12 Briged terbabit dalam upacara itu.
Istiadat dimulakan pada 9 pagi dengan perbarisan keluar anggota pengawal lama dari dalam pekarangan istana yang mengambil kedudukan di hadapan pintu utama dan kemudian disertai anggota pengawal baharu yang mengambil kedudukan berhadapan mereka.
Ia disusuli upacara penyerahan panji-panji sebagai simbolik pertukaran pasukan sebagai Pengawal Istana baharu dengan disaksikan Pegawai Memerintah 1 RAMD Kolonel Awis Ibrahim.
Istiadat selama 40 minit itu turut diiringi pasukan pancaragam Platun Brass Band 1 RAMD seramai 25 anggota LLP dan Pancaragam Pusat RAMD seramai 30 anggota LLP.
Menariknya, upacara istiadat berkenaan yang dilaksana pertama kali pada 1959 dibuka untuk tontonan awam dan pelancong sejak tahun 1994 iaitu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-10 Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman.
Ketika ditemui pemberita, Awis berkata istiadat berkenaan dilaksanakan empat kali setahun mengikut tarikh tertentu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Alhamdulillah, istiadat hari ini kali pertama dibuat sejak pelantikan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Januari lepas.
"Istiadat ini bukan sewenang-wenangnya boleh dilaksanakan kerana ia membabitkan kawasan utama istana iaitu pintu kawasan hadapan Pintu 1 Istana Negara yang menjadi laluan utama Seri Paduka Baginda bagi urusan rasmi negara," katanya.
Beliau berkata skop tugasan pengawal istana tertumpu lebih kepada istiadat manakala dari aspek keselamatan keseluruhannya di bawah tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Antara tugasan pengawal istana memberi tabik hormat dan kawalan suku apabila Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba dan meninggalkan istana selain ke atas kunjungan kehormat atau ketibaan tetamu luar serta acara utama iaitu pertabalan dan hari keputeraan.
"Pengawal istana ini juga akan bertugas mengawal pintu istana bermula 6.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Istiadat pertukaran antara pengawal baharu dan lama di pekarangan hadapan Pintu 1 Istana Negara itu melibatkan 1 RAMD dan 21 SIB di bawah naungan Markas 12 Briged. - Gambar/ Bernama
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balok Baru, Kuantan direkodkan pada tahap 250 iaitu sangat tidak sihat setakat 4 petang
Cubaan seludup diesel, lelaki ditahan di stesen minyak
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel selepas menahan seorang lelaki yang sedang mengisi minyak dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak dekat Pengkalan Kubor, Tumpat, Sabtu lepas.
Ismail Sabri kini suspek, bukan saksi - SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek, bukan saksi.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini berdasarkan bukti wang tunai yang ditemukan adalah terkait dengan Ismail Sabri.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini berdasarkan bukti wang tunai yang ditemukan adalah terkait dengan Ismail Sabri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Mac 2025.
Tumpuan Selasa – 4 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.