ALOR SETAR:Kerajaan negeri Kedah tetap mahukan bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke Pulau Pinang dan bukannya bayaran berbentuk sumbangan daripada kerajaan negeri terbabit.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk itu kerajaan negeri berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah itu, namun bersedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan.
"Kita nak bayaran. Bukan sumbangan. (Kalau) sumbangan, ikut suka bayar berapa duit pun, 4 kupang (40 sen) 5 kupang (50 sen). Sumbangan ini juga kalau nak bagi boleh, tak mau bagi pun boleh," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.
BACA: Tak wajar Kedah korban hutan tadah air, P. Pinang kaut untung percuma - Sanusi
BACA: Caj air mentah: Kerajaan Pulau Pinang enggan 'perang mulut' dengan Kedah - Chow Kon Yeow
Muhammad Sanusi turut menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum ini yang menyatakan kerajaan negeri Pulau Pinang sedia berunding mengenai isu pampasan air sebagai perkembangan positif bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh memberi jaminan untuk tidak merobohkan mana-mana struktur bangunan termasuk rumah ibadat yang dibina atas tanah yang bukan milik persendirian dan bertentangan dengan undang-undang.
"Kalau saya jamin satu struktur tidak akan dirobohkan, padahal dibina atas tanah orang lain ataupun dibina di padang permainan kanak-kanak atau dibina di pinggir jalan menghalang lalu lintas, ia bertentangan dengan Akta Jalan Parit dan Tali Air (Akta 133), macam mana seorang Menteri Besar boleh beri jaminan bahawa pihak tertentu boleh melanggar akta tersebut di negeri ini," soalnya.
Isnin lepas, sebuah gabungan badan bukan kerajaan Hindu dilaporkan menggesa Menteri Besar Kedah itu memberi jaminan tiada lagi kuil dirobohkan di Kedah sebaliknya dipindahkan jika perlu.
Pada awal Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah selepas tapak berkenaan yang dimiliki kerajaan negeri hendak dibangunkan yang seterusnya menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020

Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan Kedah berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah namun sedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan. - Gambar fail BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.

LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah
Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.

Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.

Penganjur perhimpunan bantah isu air perlu guna saluran yang betul - Mustapha
Sekiranya pihak penganjur mahu meneruskan perhimpunan berkenaan, mereka perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.

Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.

Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.

Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024
Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan.

Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.