KOTA BHARU: Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lepas.
Penduduk, Bukhari Daud, 67, berkata alternatif itu diambil sebagai usaha terakhir mereka untuk mendapatkan air walaupun perlu mengeluarkan belanja hingga lebih RM2,000.
"Masalah ketiadaan bekalan air ini bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak sekian lama di kawasan ini. Kebanyakan penduduk di sini memang menggali telaga sendiri untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian kerana kami tidak boleh mengharapkan bekalan air AKSB.
"Masalah ini lebih serius sejak awal tahun ini apabila bekalan air tiada langsung dan ia sangat menyukarkan kehidupan kami," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya banyak aduan telah dibuat kepada AKSB, namun masalah itu tidak dapat diselesaikan dan berlarutan hingga hari ini.
"Apabila aduan dibuat, AKSB akan menyarankan kami membeli tangki untuk mereka hantar air ke rumah. Masalahnya, bukan setiap hari mereka dapat hantar sedangkan kami perlukan air untuk kegunaan harian," katanya.
Bukhari berkata lebih perit apabila masalah tersebut terpaksa dihadapi penduduk sepanjang bulan bulan puasa dan Aidilfitri lepas menyebabkan ramai mengambil keputusan membina telaga tiub.
"Itu sahaja pilihan yang kami ada walaupun terpaksa menyediakan sejumlah besar wang bagi tujuan tersebut kerana hendak mengharapkan air AKSB seolah sesuatu yang mustahil dan tidak berpenghujung," katanya.
Bagi Mohd Zawawi Yusof, 49, pula dia mengambil keputusan membina telaga tiub selepas tidak tahan dengan masalah air yang tidak berkesudahan dan pelbagai aduan dibuat tidak mendatangkan hasil.
Katanya dia menghabiskan hampir RM2,000 bagi membeli enjin, tangki, pendawaian selain upah menggali telaga tiub dengan bayaran RM16 sekaki.
"Sepanjang bulan puasa lepas isteri tidak dapat masak juadah berbuka kerana air tiada. Setiap hari kami terpaksa beli makanan di bazar Ramadan atau kami berbuka di masjid.
"Untuk mencuci pakaian kami ke dobi dengan kos kira-kira RM20 sehari, selain terpaksa membeli air minuman kerana mesin penapis air yang disewa tidak dapat digunakan walaupun bayar setiap bulan," katanya.
Peniaga nasi berlauk, Samieha Hasnul Hardi, 32, berkata dia tidak boleh berharap kepada bekalan air bersih daripada AKSB untuk menjalankan perniagaan.
"Kalau ada air pun terlampau perlahan dan tidak mencukupi untuk kegunaan memasak lauk-pauk jualan. Kalau hendak mengharapkan bekalan air AKSB memang saya tidak dapat berniaga sedangkan itu sahajalah sumber pendapatan saya.
"Sebab itu dari dulu lagi kami gali telaga sendiri agar dapat menggunakan air tanpa gangguan. Kalau hendak mengharapkan air daripada AKSB semata memang tidak boleh," katanya.
AKSB dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan musim kemarau sejak Ramadan telah menyebabkan penyusutan air mentah terutama di muka sauk.
Faktor tersebut memberi kesan kepada beberapa buah loji termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Chicha yang pada ketika ini mengalami penyusutan.
Dalam kenyataan sama, AKSB memaklumkan sebuah telaga runtuh di LRA Perol menyebabkan kurangnya air mentah untuk dirawat dan mungkin mengambil masa hingga Ogos untuk diselesaikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Penduduk Rafhanah Rau'ah Mohd Zawawi, 18, menunjukkan sistem air telaga tiub di kediamannya ketika ditemui di Kampung Limbat hari ini. - Gambar/ Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.

Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Isu air Kelantan: Aidilfitri tanpa rumah terbuka, mandi tumpang telaga
Masalah ketiadaan air di beberapa lokasi di negeri ini yang meruncing menyebabkan pengguna terpaksa menjalani rutin seperti mandi sunat satu Syawal dengan menumpang air telaga rumah jiran.

Isu air Kelantan: 'Beri potongan bil 50 peratus kepada rakyat' - ADUN Galas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata potongan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu adil dengan perhidmatan yang diterima pengguna.