KOTA KINABALU: Isu bekalan air yang sedang dihadapi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka dapat diselesaikan melalui projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 yang telah siap awal bulan lepas, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata kerja-kerja perpaipan akhir untuk projek itu dijangka siap akhir bulan ini sebelum bekalan air bersih tambahan daripada loji berkenaan dapat dibekalkan.
Katanya UMS memerlukan bekalan air sebanyak 2.98 juta liter sehari, bagaimanapun Jabatan Bekalan Air Sabah hanya dapat membekalkan 2.7 juta liter sehari dan ini menyebabkan gangguan bekalan air berlaku di universiti itu.
"Segala usaha sedang dilakukan untuk memastikan kerja-kerja (perpaipan) itu disiapkan sebelum penghujung Januari, sekali gus menyelesaikan isu mendesak bekalan air yang dihadapi ketika ini.
"Cabaran lain yang dihadapi adalah kecurian air serta vandalisme terhadap rangkaian dan sistem paip di negeri ini yang turut menyumbang kepada masalah itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Merujuk kepada peruntukan RM3 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas kepada UMS untuk mengatasi masalah itu, beliau berkata peruntukan itu diberikan secara terus kepada universiti berkenaan.
Semalam, Anwar dilaporkan mahu pihak berkaitan mengemukakan laporan teliti berhubung masalah bekalan air yang masih berlarutan di UMS, sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta tahun lepas bagi mengatasi masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM3 juta UMS untuk mengatasi masalah air pada tahun lalu. - Gambar hiasan

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.