Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 6 Disember depan bagi pengurusan kes lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah.
Hadhariah berkata beliau tidak mahu kes itu tertangguh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Phang.
Sebelum itu Guan Eng tiba di kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri dan memasuki mahkamah dengan diiringi barisan peguam antaranya Ram Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan R.S.N. Rayer.
Sementara itu, kehadiran ramai penyokong Guan Eng serta sekumpulan orang ramai yang menuntut ketua menteri itu melepas jawatan ekoran pertuduhan rasuah yang dihadapinya menyebabkan pekarangan Kompleks mahkamah sedikit kecoh.
Bagaimanapun, kekecohan yang hampir menimbulkan pergaduhan itu berjaya dikawal polis.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi diikat jamin RM1 juta ringgit dengan seorang penjamin atas dua pertuduhan rasuah.
Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, didapati menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, untuk meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan KOMTAR pada 18 Julai 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Li Khoon mempunyai hubungan dengan kerja rasmi Guan Eng. Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 30 2016

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Tinggi pagi ini untuk pengurusan kes rasuah berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn. - Foto Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Isu banglo: Mahkamah tetapkan 6 Disember tarikh pengurusan kes rasuah Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhadapan pertuduhan berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.

PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng
Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal telah memakan dirinya sendiri.

Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.

PAS akan letak calon sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan
PAS bersedia untuk meletakkan calonnya di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang berlangsung awal.

PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok
Amanah akan memutuskan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN)Pulau Pinang dalam mesyuarat parti itu esok.

Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng berkata, keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal bukanlah untuk kepentingan dirinya.

Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara
Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai.

DAP tidak boleh pilih kasih, Guan Eng perlu lepas jawatan
Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Lim seringkali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Isu banglo: Kes Guan Eng dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes isu banglo murah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng di bawah Akta SPRM 2009 telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman
Abdul Rahman seharusnya segera menetapkan tarikh perdebatan dan bukannya melarikan diri selepas membuat cabaran dengan alasan mempunyai urusan di luar negara, kata Guan Eng.