KUALA LUMPUR: Isu bayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.
Persoalan oleh Ahmad Hassan (Warisan-Papar) kepada Perdana Menteri dijangka akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Persoalan berkenaan adakah kerajaan Malaysia melalui Pejabat Peguam Negara telah menghantar wakil atau melantik peguam di Perancis bagi tujuan bantahan akan turut diajukan.
Selain itu, isu sama ada satu penyelarasan program subsidi petrol, diesel dan LPG perlu diadakan memandangkan harga antarabangsa bagi minyak mentah dan gas asli naik mendadak pada ketika peperangan Rusia-Ukraine yang sedang meruncing juga antara fokus pertanyaan-pertanyaan menteri.
Persoalan tersebut akan ditanyakan oleh Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Kewangan.
Antara lain, Cha Kee Chin (PH-Rasah) akan bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkenaan apakah kementerian akan mengkaji semula dan mengurangkan harga siling untuk pelitup muka dan kit ujian kendiri.
Persoalan berkenaan penetapan harga siling untuk oximeter dan penyukat suhu kerana barangan ini telah menjadi barangan keperluan ketika ini dan kepentingan pengguna wajar dilindungi juga akan dibahaskan.
Selesai sesi tesebut, ia akan diteruskan dengan pertanyaan bagi jawab lisan.
Isu berkenaan kajian kemungkinan perubahan iklim drastik dengan bencana alam yang lebih kerap pada masa akan datang akan menjadi fokus bagi sesi tersebut.
Persoalan oleh Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) kepada Menteri Alam Sekitar dan Air turut meminta penjelasan bagaimanakah tahap kesiapsiagaan sistem amaran bencana di Malaysia.
Antara lain, persoalan tentang keadaan Sabah yang jauh ketinggalan di belakang berbanding negeri yang lain dalam soal pembangunan infrastruktur, dengan kadar kemiskinan yang tinggi, peluang pekerjaan yang kurang dan kos hidup yang tinggi akan diajukan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) kepada Perdana Menteri.
Ia termasuk persoalan, bagaimanakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan konsep "Keluarga Malaysia" yang diterapkan beliau agar penduduk Sabah tidak akan semakin jauh ketinggalan di belakang pada masa akan datang.
Selesai sesi berkenaan, persidangan Dewan Rakyat akan bersambung semula dengan sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja.
Sidang Dewan Rakyat hari ini juga akan menyaksikan bacaan kali kedua berkenaan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.
Ia dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Disember tahun lepas.
Persidangan kali kedua ini akan berlangsung selama 16 hari bermula 28 Feb sehingga 24 Mac, dan seperti sebelum ini ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai usaha meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 di Parlimen.
Astro Awani
Thu Mar 10 2022
Persidangan kali kedua ini akan berlangsung selama 16 hari bermula 28 Feb sehingga 24 Mac. - Foto fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.