KUALA LUMPUR : Gabungan badan masyarakat sivil, CSO Platform For Reform menggesa agar siasatan berkaitan kes bayi dirampas daripada ibu tanpa warganegara di hospital kerajaan negeri Sabah dilakukan secara telus dan berakauntabiliti.
CSO dalam pada itu turut menuntut supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Ujarnya, JKNS dipertanggungjawabkan dalam memastikan kanak-kanak diberi perlindungan dan memenuhi hak asasi setiap kanak-kanak, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen mereka.
Oleh itu, isu ini sememangnya bercanggah dengan prinsip-prinsip dan kewajiban yang terkandung dalam Perkara 3 dan 36 Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang mana menekankan kepentingan utama golongan itu serta hak mereka untuk dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
"JKNS dipertanggungjawabkan dalam memastikan kanak-kanak diberikan perlindungan dan memenuhi hak asasi setiap kanak-kanak, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen mereka.
"Oleh itu, kes-kes yang dilaporkan mengenai ibu-ibu tanpa kewarganegaraan yang kehilangan bayi mereka di hospital kerajaan Sabah bercanggah dengan prinsip-prinsip dan kewajiban yang terkandung di dalam konvensyen berkenaan.
"Kami menggesa JKNS untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh ke atas kes-kes ini dan mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan sebarang pelanggaran terhadap hak kanak-kanak yang
terdedah ini dan keluarga mereka," kata CSO dalam kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, pendedahan tentang kes yang mana seorang kanak-kanak lelaki tanpa warganegara yang menghidap HIV telah meninggal dunia selepas dinafikan rawatan selama bertahun-tahun di hospital di Sabah adalah petunjuk perlunya tindakan segera untuk menangani masalah golongan tanpa warganegara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Tegas CSO, insiden ini menggambarkan betapa perlunya tindakan segera agar akses penjagaan kesihatan saksama dapat disediakan dan segala bentuk diskriminasi terhadap golongan tanpa status warganegara dapat dihapuskan.
Nickyson Nyambar
Wed Sep 20 2023

CSO dalam kenyataan berkata isu melibatkan bayi dirampas di Sabah memberi cerminan bahawa perlunya tindakan segera dalam meneliti akses kepada kesihatan awam termasuk melibatkan isu diskriminasi di negara ini. - Gambar fail

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.

Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah
Gabungan itu dalam masa sama turut meminta supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah
Satu sistem perlu diwujudkan bagi mengkoordinasi serta meletakkan satu tanda aras dalam menambah baik CSO.

Pertubuhan masyarakat sivil diminta beri cadangan menambah baik bantuan ke Gaza
CSO boleh memberikan input kepada kerajaan mengenai cara terbaik untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka di lapangan yang membantu rakyat Palestin.

Singapura boleh sekat sementara komunikasi jika hadapi situasi serius
Parlimen Singapura pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang Ketenteraman Awam dan Keselamatan (Kuasa-kuasa Khas) 2018 atau Rang Undang-Undang POSSP pada bacaan kali kedua.