KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mengemukakan empat cadangan dalam menstabilkan semula bekalan ayam dalam negara.
Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara cadangan yang dikemukakan itu termasuk memberi bantuan khas kepada penternak-penternak tempatan yang terpaksa gulung tikar akibat tekanan daripada kartel ayam.
"Bagi menyegerakan pengimportan ayam daripada negara jiran seperti Thailand, selain daripada pemansuhan Approved Permit (AP) oleh kerajaan, dicadangkan satu agensi khas seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diwujudkan segera.
"Ini bagi memastikan keupayaan pihak pengimport dari pelbagai segi termasuk kuantiti dan dana terjamin agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak pembekal di Thailand hingga akhirnya terpaksa kembali bergantung kepada syarikat-syarikat kartel yang besar," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar satu pelan jangka panjang dengan perincian dasar, hala tuju dan mekanisme pelaksanaan yang jelas diperkenalkan oleh kerajaan.
"Sebagai contoh, dasar penanaman jagung bagi tujuan memenuhi bekalan dedak mesti jelas termasuk dari segi pengawalan harga, pemberian subsidi dan pembangunan bersepadu yang komprehensif bagi memastikan harga jagung yang dibekalkan kelak adalah kompetitif berbanding import dari Brazil dan Argentina yang ternyata punya kelebihan dari segi skala ekonomi," jelas beliau.
Akhir sekali, Asyraf Wajdi juga mencadangkan agar Lembaga Pembangunan Unggas Negara (LPUN) turut diwujudkan agar satu dasar yang komprehensif dan tindakan bersepadu melibatkan pelbagai kementerian dapat dilaksanakan.
Kata beliau, tindakan ini sekali gus memastikan seluruh rantaian bekalan ayam dari aspek penternakan hingga ke peringkat penjualan dan pengeksportan terpelihara dari segi harga, kualiti dan bekalan semasa.
BACA: Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri
Terdahulu, kerajaan mengambil keputusan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan, bermula 1 Jun ini, sehingga harga dan pengeluaran ayam untuk kegunaan domestik kembali stabil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin berkata, keputusan itu merupakan antara beberapa langkah jangka pendek yang dicapai mesyuarat Kabinet terhadap isu bekalan dan harga ayam.
Turut digariskan ialah pemansuhan AP ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam; mempermudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam; serta menambah dan mengiktiraf loji sembelihan ayam di luar negara.
Nickyson Nyambar
Tue May 24 2022

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut mencadangkan agar satu dasar yang komprehensif dan tindakan bersepadu melibatkan pelbagai kementerian dapat dilaksanakan dibawah Lembaga Pembangunan Unggas Negara (LPUN). -Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Isu bekalan ayam: Pergerakan Pemuda UMNO kemuka empat cadangan
Selain bantuan khas, kewujudan beberapa agensi khusus dalam menangani isu ini dapat menyelesaikan krisis bekalan ayam yang dihadapi negara.