PUTRAJAYA: Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau yang mengganggotai pasukan khas itu berkata laporan berkenaan yang akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah penting kerana ia dibangkitkan rakyat khususnya berkaitan bekalan.
"Kita melawat ke kedai memang sesetengah kedai tu langsung tidak ada (bekalan minyak masak paket).
Esok kita jangka akan terima laporan tentang kedudukan terkini, dan yang penting tindakan-tindakan yang sudah diambil dan setakat mana ia berkesan untuk pastikan bekalan dan harga (tidak melebihi harga siling)," katanya kepada media selepas merasmikan cawangan Richiamo Coffee ke-99 dan kiosk pertama Richiamo Coffee di sini hari ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan berkesan.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Ia dianggotai lima ahli iaitu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Mustapa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam mesyuarat pertama pasukan itu pada 30 Jun, antara perkara yang dibangkitkan ialah kekurangan bekalan minyak masak paket satu kilogram dan isu orang tengah atau kewujudan kartel dalam menentukan harga barang keperluan di pasaran.
Richiamo Coffee merupakan jenama tempatan yang memulakan operasinya sejak 2015 dan telah mempunyai 105 cawangan di seluruh Malaysia setakat ini.
Cawangan ke-99 di Menara Prisma itu dimiliki dan dikendalikan oleh Empire Coffee Works dan adalah cawangan keempat selepas Wisma Bernama (Kuala Lumpur), Universiti Malaysia Perlis dan Hospital UiTM Puncak Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

MUSTAPA: Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok. - Gambar fail/BERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan
Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan terkini RCI Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.