KEHILANGAN nyawa anggota PGA dalam insiden tembakan beberapa hari lalu amat mengejutkan negara.
Insiden ini jelas menunjukkan betapa parahnya isu berkaitan sempadan negara yang perlu ditangani dengan tuntas.
Isu tembakan di Padang Besar sebenarnya adalah satu daripada pelbagai isu yang sedang dihadapi oleh anggota keselamatan negara.
Malah isu di Padang Besar juga tidak bermakna di sempadan lainnya dalam keadaan okay dan selamat.
Adakah isu yang sama juga dihadapi sepanjang laluan laut di semenanjung, Sabah dan Sarawak?
Malah masalah besar juga menunggu untuk dibongkar di sempadan Sarawak-Kalimantan, Sabah-Sebatik mahupun isu di sempadan Selat Melaka.
Maaf kata, perlu belajar dari pengurusan negara lain, bukan hanya mengusulkan lawatan sambil belajar atau lawatan sambil bekerja dan pulang tanpa tindakkan jelas.
Walau apapun alasannya, negara terpaksa mengakui bahawa kelemahan pengurusan sempadan yang berlaku sekian lamanya telah menjadi isu yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negara, malah juga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Malah lebih mengecewakan apabila kehilangan nyawa pasukan keselamatan yang bertugas untuk mengawal sempadan negara dan menjamin keselamatan rakyat di negara ini.
Akan tetapi inilah harga yang terpaksa dibayar akibat daripada kegagalan kita menguruskan sempadan dengan berkesan.
Jika dibandingkan negara Singapura yang dikelilingi lautan, mengapakah sempadan yang dibina di atas tanah sepanjang 551kilometer dari Kuala Perlis hingga ke Rantau Pajang, Kelantan ini mudah ditembusi dan menjadi laluan mudah bagi penyeludup?
SEMPADAN PADANG BESAR YANG MUDAH DITEMBUSI
Pelbagai insiden kerap berlaku disempadan Padang Besar.
Walaupun kedudukannya agak tersembunyi, di kelilingi hutan dan bukit-bukau yang tidak selamat, akan tetapi ia tidak menghalang kegiatan jenayah rentas sempadan.
Sejak pendedahan kubur besar Wang Kelian pada tahun 2015, disusuli dengan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja berkaitan isu tersebut, akan tetapi tiada kertas putih atau reform dilakukan.
Kekal Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi sarang penyeludupan bukan sahaja barangan terlarang, malah penyeludupan manusia juga bukanlah perkara asing di sempadan utara semenanjung ini.
Oktober 2019 juga negara digemparkan dengan video penyeludupan di sempadan yang dilakukan secara terang-terangan.
Rentetannya, pelbagai video berkaitan lagi tersebar dan dalam pemerhatian pihak SPRM dan lain-lain agensi.
Juga kita tidak mendengar satu reform atau pembaharuan berkaitan kawalan sempadan dilaksanakan.
Ini menimbulkan persoalan adakah hanya melakukan siasatan dan diakhiri dengan laporan seterusnya disimpan sebagai bahan arkib?
Kita ingin melihat ‘tindakan’ dan bukannya laporan atau ‘teori’ semata-mata.
Ini belum lagi ditambah dengan insiden di perkampungan haram Rohingya di Kuala Perlis dan dwiidentiti yang dimiliki oleh ramai penduduk di sempadan.
Semua ini memerlukan tindakan yang menyeluruh dari pelbagai agensi berkaitan.
Akan tetapi masalah ini masih juga tidak mampu diselesaikan dan masih belum jelas reform yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan sempadan dan negara dari ditembusi oleh penjenayah dan pengganas.
Mana-mana penjenayah akhirnya akan mengganas apabila nyawa dan ‘perniagaan’ mereka terancam.
Dalam keadaan tersebut, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh tanpa mengira mangsa.
SENJATA & TEKNOLOGI
Pasukan keselamatan yang terlibat dengan kawalan sempadan walaupun unit risikan perlu dibekalkan dengan senjata berat kerana risiko yang mungkin terjadi.
Penjenayah akan melakukan serangan apabila terancam hingga sanggup membunuh pasukan keselamatan.
Selain itu, sistem amaran awal dan pantas kepada pusat-pusat kawalan perlu diberikan dan dibangunkan.
Penggunaan dron peninjau dan lain2 instrumen keselamatan adalah keperluan yang mendesak ketika ini.
Penggunaan imej dan pemantauan dengan satelit adalah perkara yang boleh difikirkan secara serius. Pemakaian body-camera adalah wajib buat masa ini dan ianya mestilah dipantau oleh pasukan khas yang di pusat kawalan.
Penggunaan night goggle juga adalah merupakan keperluan ketika ini. Dengan cara ini, akan dapat menjamin keselamatan sempadan, nyawa anggota dan menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
SEMPADAN FIZIKAL TIDAK CUKUP
Semakin lama semakin banyak kes sempadan akan masuk dalam senarai laporan keselamatan negara. Maka sampailah masanya kerajaan melakukan total-reform ke atas pengawalan sempadan.
Total reform ini adalah antara dapatan yang difikirkan baik dan perlu buat masa ini, akan tetapi pastinya lebih banyak cara dan taktikal yang boleh diperolehi dari pelbagai pihak termasuklah agensi kawalan sempadan dan penduduk yang tinggal di sekitarnya.
Keperluan untuk pihak-pihak pengurusan atasan pasukan keselamatan turun ke sempadan dengan lebih kerap dan tanpa jadual berkala adalah perlu.
Kehadiran pasukan audit juga adalah merupakan keperluan untuk memastikan ketirisan dapat dikawal.
PAGAR SISTEMATIK
Kerajaan harus melihat semula kepada pembinaan pagar yang lebih sempurna dan mempunyai ketinggian yang tidak mampu ditembusi oleh penjenayah/penyeludup.
Bagaimana dengan membina pagar sempadan yang dilengkapi elektrik? Atau parit yang memanjang di sekitar sempadan? Pagar sempadan juga seharusnya dilengkapi teknologi kamera atau CCTV dan lain-lainnya.
Malah liputan berkaitan juga boleh disambungkan ke pihak tentera/polis dan agensi-agensi berkaitan.
Perlu banyak pihak yang boleh melihat dan memantau agar ketelusannya terjamin.
PAGAR ROHANI
Menyediakan buffer zone atau zon penampan di sepanjang kawasan sempadan dan dikawal oleh tentera kedua-dua negara.
Zon selamat ini seharusnya dikawal 24 jam oleh pihak keselamatan terdiri dari pelbagai agensi seperti yang diamalkan pada masa ini.
Sempadan negara seharusnya ada rondaan berkala secara rawak agar tidak ada pihak yang sehingga boleh membuat pelantar atau tapak khusus untuk menyeludup barang dan lain-lain.
Penggiliran tugas perlu dilakukan dengan lebih kerap buka sahaja melibatkan rank rendah, malah pegawai atasan juga.
Pegawai Integrity (CEIO) dan pegawai SPRM juga perlu ditempatkan di agensi-agensi kawalan sempadan jika diperlukan.
Dalang-dalang penjenayah tempatan perlu dibanteras sepenuhnya. Selagi mana adanya permintaan maka akan adalah penawaran.
Oleh itu penjenayah tempatan di Malaysia dan di Thailand juga perlu di hapuskan. Bukan sahaja di Malaysia, malah Thailand dan lain-lain negara juga perlu membanteras dan menangkap penjenayah ini agar kes-kes penyeludupan dapat ditangani sebaik mungkin.
ELAUN RISIKO
Menaikkan elaun risiko atau elaun khusus kepada pasukan keselamatan yang terlibat dengan pemantauan pintu2 sempadan.
Selain pemilihan yang ketat, malah melepasi pelbagai ujian integriti (aptitude test) dan lain-lain juga adalah keperluan.
Rentetan dari isu ini, maka semakan gaji untuk kakitangan pasukan keselamatan sudah sampai masanya dilakukan.
Banyak kajian yang mengaitkan apabila mengalami masalah kewangan, maka ramai yang terlibat dengan aktiviti jenayah.
KERJASAMA DUA PIHAK
Siri-siri rundingan dan kerjasama dengan pihak Thailand, Indonesia, Filipina sebagai jiran kita adalah juga merupakan satu keperluan. Kita tidak mampu menangani isu ini secara bersedirian, kita memerlukan kerjasama di pihak ‘sana’ untuk menyelamatkan pintu-pintu dan sempadan negara.
Malah di pihak negara jiran kita uga mereka memerlukan kerjasama kita untuk mengawal aktiviti berkaitan jenayah rentas sempadan ini.
SEMAKAN UNDANG-UNDANG
Semakan semula terhadap undang-undang yang berkaitan sempadan dan jenayah disempadan perlu lebih ketat dan mencakupi seluruh sistem.
Sudah sampai masanya reform terhadap ‘ketum’ juga dilakukan agar jenayah ini dapat ditangani.
Pihak Thailand juga sebenarnya sudah kepenatan menghadapi penyeludup berkaitan ketum yang sentiasa masuk kesempadan mereka kerana tiada undang-undang berkaitan di Malaysia.
Malah yang lebih penting lagi adalah si pembuat undang-undang (wakil rakyat) tidak melanggar undang-undang, maka barulah undang-undang akan berjaya menjadi objektifnya.
Perlu melihat semula ‘industri’ tertentu yang sering dijadikan punca penyeludupan untuk diputihkan.
Meng’sah’kan industri-industri tertentu bagi memastikan alirannya dapat dikawal. Malah kerajaan juga boleh meggenakan cukai yang berkatutan untuk dijadikan sebagai pendapatan baharu kepada negara.
Penjenayah/penyeludup juga pastinya senang dengan ruang dan peluang baru ini sebagai punca pendapatan mereka.
Memberikan lesen import/eksport kepada kelompok-kelompok tersebut melalui mekanisme terbaik dengan kerjasama kedua-dua negara.
DAMAGE CONTROL
Di atas adalah dintara reform yang boleh difikirkan oleh kerajaan pada masa ini. Mungkin kita tidak akan dapat mengawal aktiviti jenayah rentas sempadan ini sepenuhnya, akan tetapi sekurang-kurangnya ‘damage-control’ boleh dilakukan ke atas kawalan sempadan negara ini.
Penjenayah akan menjadi terrorist apabila nyawa dan industri mereka terancam. Membina sempadan secara fizikal semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh nagara ketika ini, akan tetapi pembinaan sempadan rohani dan naluri adalah merupakan sesuatu yang mendesak.
Akan tetapi apabila ruang dan peluang disempitkan, maka secara tidak langsung akan dapat melemahkan cita-cita kelompok penjenayah ini.
Kerajaan juga boleh melibatkan agensi-agensi dalam negara termasuklah universiti dan pusat pusat kajian berkaitan untuk membangunkan teknologi bagi membantu penyelesaian isu sempadan negara yang mudah bocor ini.
Kajian atau penyelidikan praktikal bukan akademik adalah satu keperluan dan perlu digerakkan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.
Isu keselamatan sempadan bukan semata-mata ditangani oleh agensi keselamatan, ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam memenangi isu ini.
Manusia yang tidak takutkan tuhannya perlu ditakutkan dengan undang-undang yang kukuh. Manusia harus dikekang pergerakannya agar ia tidak mampu melakukan jenayah.
Integriti yang dimiliki oleh sesorang itu banyak dibantu dengan adanya sistem, pemantauan dan undang-undang yang berkesan.
Jenayah rentas sempadan ini perlu dikurangkan jika tidak mampu untuk dihapuskan.
Reform perlu dilakukan sekarang demi keselamatan nyawa dan kedaulatan negara.
Dr Mohd Mizan Aslam ialah Profesor Pengajian Strategik di Naif Arab University for Security Sciences, Riyadh.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Mohd Mizan Aslam
Fri Dec 04 2020

Kehilangan nyawa anggota PGA dalam insiden tembakan beberapa hari lalu menunjukkan betapa parahnya isu berkaitan sempadan negara yang perlu ditangani dengan tuntas. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Op Benteng: Penceroboh semakin berani, tidak endah arahan pengusiran
Ketika menghampiri perairan Pulau Jarak kira-kira 2.0 batu nautika, radar berjaya mengesan kira-kira 40 buah bot nelayan asing dipercayai warga Indonesia.

COVID-19: Kerajaan tidak akan terburu-buru buka sempadan negara - Muhyiddin
Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk membuka sempadan negara ketika Pandemik COVID-19, tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.