KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.
Laporan tersebut menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga (3) pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk tersebut.
KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Kenyataan Media
Fri Apr 20 2018

Menurut Noor Hisham, KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran. - Gambar fail

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Olimpik Paris 2024: Atlet Great Britain dakwa ada cacing dalam makanan
Dia mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.

NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.

Bahaya atau tidak kalau disentuh? Ini fakta menarik tentang cacing 'kepala tukul'
Spesies cacing ini banyak terdapat di zon tropika dan subtropika namun kini kewujudannya disifatkan invasif di banyak negara.

Ribuan cacing besar muncul dari tanah
Cacing bersaiz besar itu memenuhi sekitar pasar dan jalan raya.

Cacing dalam kepala udang?
Spesimen udang itu merupakan spesimen udang laut dari jenis udang putih Penaeus vannamei (white leg shrimp) yang diternak dan merupakan spesies udang ternakan dan produk eksport Malaysia.

Tidak perlu panik cacing dalam sardin tin - Pakar Akuakultur
Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dalam memilih jenama produk sardin dalam tin susulan penemuan cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp dalam sardin tin yang diimport dari China.

Enam lagi jenama sardin ditarik balik daripada pasaran
Enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Cacing dalam tin sardin: Tiada sesiapa jadi mangsa
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.

Cacing sebabkan penyakit dijumpai dalam sampel tin sardin dari China
Cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena berisi 'Canned Mackerel in Tomato Sauce'.

Dalam sardin ada cacing? Tiba-tiba, cacing 'nematoda' jadi tumpuan dunia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata produk ikan sardin dari negara China mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.