KANGAR: Isu menangani pandemik COVID-19, kebajikan rakyat dan pembangunan negeri Perlis akan menjadi agenda utama perbahasan sepanjang tiga hari persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, perkara tersebut telah dizahirkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada titah perasmian hari ini.
"Apa yang dititahkan oleh Tuanku Raja Perlis adalah memastikan agar kerajaan negeri memberi tumpuan kepada agenda menangani isu COVID-19 serta menjaga kebajikan rakyat terutama mereka yang terkesan akibat pandemik.
"Selain itu, agenda pembangunan negeri harus diteruskan sebagai pelan pemulihan keluar daripada kesan wabak COVID-19," katanya kepada pemberita di luar dewan.
Terdahulu Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyempurnakan Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu berharap kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan mampu membawa kestabilan dalam iklim politik negara dan tumpuan kerajaan dapat diberikan kepada usaha menangani COVID-19.
"Saya yakin beliau (Ismail Sabri) mempunyai perancangan khusus bagi membawa negara ini keluar daripada keadaan sebelum ini (kemelut politik) yang memberi kesan serius kepada ekonomi," katanya.
Ditanya mengenai harapan agar seorang daripada menteri atau timbalan menteri dalam kabinet baharu kerajaan dilantik daripada Ahli Parlimen Perlis, Azlan berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada perdana menteri.
"Pelantikan ahli Kabinet adalah hak mutlak perdana menteri, namun jika ada wakil dari Perlis dilantik sudah tentu ia bagus kerana dapat bercakap demi faedah negeri ini khususnya dalam aspek pembangunan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

AZLAN: Agenda pembangunan negeri harus diteruskan sebagai pelan pemulihan keluar daripada kesan wabak COVID-19. - Bernama

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Azlan Man perlu bayar nafkah idah bekas isteri RM12,850
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini pada Rabu, memerintahkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man membayar nafkah idah kepada bekas isterinya, Sova Ali sebanyak RM12,850.

Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.

Bayaran batal percutian ke London dibuat kepada Azlan Man adalah salah - Saksi
Mohamad Azri Ahmad, 49, berkata beliau berasa pelik apabila bayaran bagi pembatalan percutian itu dipulangkan kepada Azlan.

Wang lebih RM200,000 batal percutian ke London pada 2016 masuk akaun peribadi Azlan Man - Saksi
Abdul Rahim Halim, 47, berkata pakej percutian yang bermula 23 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017 berjumlah RM253,195.40 dibayar oleh kerajaan negeri Perlis kepada syarikat agensi pelancongan itu sebelum ia d

Lebih RM400,000 wang syarikat pelancongan masuk akaun bank bekas MB Perlis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM447, 216.35 ke dalam dua akaun CIMB milik bekas Menteri Besar Perlis.

Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima tiga cek daripada sebuah syarikat pelancongan dari 2014 hingga 2016.

Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.

Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.

Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.