PUTRAJAYA: Isu ekonomi dan usaha meningkatkan pendapatan rakyat akan terus menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan yang memasuki tahun kedua pentadbiran di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Ditemui media selepas hadir Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di sini malam tadi, Fahmi berkata, isu berkenaan akan menjadi fokus kerajaan khususnya untuk membantu golongan yang paling memerlukan seperti yang berpendapatan rendah dan yang tinggal di kawasan kampung, pedalaman dan luar bandar.
"Jelas kalau kita lihat dapatan dari kaji selidik Merdeka Center, dan juga beberapa yang lain, fokus rakyat masih isu ekonomi dan ini akan menjadi fokus kerajaan khusus untuk membantu golongan yang paling memerlukan," katanya.
Bagi Kementerian Komunikasi Digital, beliau berkata, ekonomi digital mampu menjadi satu kaedah untuk meningkatkan ekonomi serta pendapatan rakyat dan kementerian ini akan mengumumkan satu program mengenainya pada 29 Nov ini bersempena sidang Pusat Ekonomi Digital.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, tindakan Perdana Menteri yang tegas dalam beberapa perkara seperti membanteras rasuah dan mengukuhkan proses dan juga urus tadbir kerajaan, telah memberikan keyakinan kepada para pelabur.
"Jangkaan kita dalam tahun depan proses bagi merealisasikan pelaburan itu akan bermula dan tempias ekonomi dari segi positifnya akan dapat mula dinikmati rakyat sama ada secara terus melalui contohnya pembinaan ataupun nanti (peluang) pekerjaan," katanya.
Fahmi berkata, Anwar amat tegas bersuara mengenai isu-isu kemanusiaan termasuk isu di Gaza, Palestin di persada antarabangsa.
"(Beliau) tidak berasa takut langsung untuk menyampaikan pandangan dengan tegas dalam sebarang forum, malah secara terus kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Fahmi bercakap kepada pengamal media ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani di Putrajaya malam tadi. -- fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Minat pelabur asing makin mengukuh, kejayaan besar diraih
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, nilai tertinggi direkodkan melalui pusat data sebanyak RM5 bilion.
ASEAN 25: Malaysia mula peranan sebagai Pengerusi
Luqman Hariz membawakan perincian terkini sesi pemukiman menteri-menteri luar di Langkawi sempena kepengerusian ASEAN 2025.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.
PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.