Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, dan memutuskan bahawa isu fatwa berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Hakim Datuk Nordin Hassan berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim, selaras dengan Perkara 121A Perlembagaan Persekutuan.
"Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-undang Syariah. Pada pendapat saya, isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-undang Syariah dan merupakan bidang kuasa eksklusif di bawah Mahkamah Syariah," katanya.
Nordin berkata mahkamah juga mendapati keputusan dalam pengeluaran fatwa bertarikh 17 Julai 2014 dan diwartakan pada 31 Julai 2014 tidak dicemari dengan tindakan yang menyalahi undang-undang dan kekadaran.
"Justeru, pemohonan ini ditolak dengan kos RM10,000," katanya.
Hakim itu berkata Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
"Tiada tempoh masa untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Syariah tetapi dalam tempoh tiga bulan dari tarikh keputusan," katanya.
Mengenai isu yang dibangkitkan oleh SIS bahawa sebagai sebuah pertubuhan, pihak berkuasa agama negeri tidak mempunyai kuasa terhadap mereka, Nordin bagaimanapun tidak bersetuju dengan hujah kumpulan itu.
"Pertubuhan dan pengarah SIS Forum adalah beragama Islam dan aktiviti mereka mempunyai kaitan dengan undang-undang Islam, (oleh itu) fatwa itu terpakai," katanya, dan menambah, syarikat itu tidak boleh kebal daripada fatwa berkenaan.
Pada 25 Sept 2018, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan supaya saman itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk keputusan dalam isu bidang kuasa dan merit.
Hakim Malanjum berkata semua pihak boleh mengemukakan hujahan mereka berhubung isu bidang kuasa di peringkat Mahkamah Tinggi untuk menjimatkan masa.
Mahkamah Persekutuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017, yang membenarkan rayuan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.
Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Negeri Selangor yang merupakan responden dalam permohonan itu, memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng, setelah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.
Pada 31 Okt 2014, SIS Forum (Malaysia), Zainah dan Zaid memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Selangor sebagai responden.
Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain itu, mereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai 'company limited by guarantee' tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019
![Isu fatwa di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah Isu fatwa di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71434725932_JudgeHammer.jpg)
Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723972969_TBFAREED.jpg)
MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.
![Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730615234_tbGISBH.jpg)
Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.
![Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697542735_AbdulAzizMohdYusof.jpg)
Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan
![Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im
Fatwa yang diwartakan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah hanya mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Per
![Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728022370_khutbahJumaat.jpg)
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
![Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727489652_NaimMokhtar.jpg)
Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.
![Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720679200_DatukMohamadShukr.jpg)
Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715684184_TBHAJI.jpg)
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
![Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707133685_NaimMokhtar.jpg)
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).