UMNO Selangor memutuskan untuk tidak menyertai demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah di hadapan gereja, esok.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar juga meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mereka.
Noh berkata langkah diambil bagi memastikan keharmonian kebebasan beragama di Selangor terus terpelihara dan mengelak salah tafsir di kalangan rakyat berhubung isu berkenaan.
"Dalam kita memperjuangkan isu kalimah Allah, kita minta jangan adakan himpunan ataupun bantahan di depan gereja sebab ia boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO, di Shah Alam hari ini.
Namun, Noh memberi amaran mengadakan perhimpunan besar-besaran membantah paderi Lawrence Andrew yang mahu terus menggunakan nama Allah.
Sebelum ini beberapa cawangan UMNO dan NGO Islam di negeri itu merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan gereja-gereja di negeri itu esok sebagai membantah kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah 'Allah'.
Pada 27 Disember lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Selain membantah kenyataan tersebut, perhimpunan itu juga bertujuan mendesak paderi itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam setelah ia turut disifatkan biadab dan berunsur penderhakaan kepada Sultan Selangor.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Dalam pada itu, Noh berkata UMNO Selangor menyokong penuh tindakan JAIS merampas lebih 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah 'Allah' dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya Khamis lepas.
Kehangatan berhubung isu kalimah 'Allah' turut mendorong 50 wakil dua NGO mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sebuah pangsapuri di Klang Jaya hari ini.
Astro Awani
Sat Jan 04 2014
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
AI Governance — Shaping Malaysia’s AI Future & Ambitions
Artificial intelligence is rapidly becoming a part of our daily lives but as technology evolves more rapidly than governance frameworks, the question is no longer if Malaysia should govern AI, but how—how fast and how much. A new white paper by the Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia seeks to unpack what AI governance really means, and why it matters for Malaysia’s future. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Farlina Said, fellow in Cyber and Technology Policy at ISIS Malaysia, and Adilah Junid, Director of Legal and Government Affairs at Microsoft Malaysia.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.
AWANI 7:45 [17/1/2025] – PM Gesa Dunia | Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan | KDNK Suku Keempat 2024 | Harga Padi Miskinkan Pesawah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Masyarakat dunia kena hormati Gaza, urusan gencatan senjata.
- Laut China Selatan jadi tumpuan kepentingan bersama Asean.
- KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus.
- Segerakan masalah, harga padi miskin pesawah.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Masyarakat dunia kena hormati Gaza, urusan gencatan senjata.
- Laut China Selatan jadi tumpuan kepentingan bersama Asean.
- KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus.
- Segerakan masalah, harga padi miskin pesawah.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Malaysia tidak ada kuasa sekat FB - Ahmad Shabery
Kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terbatas dan tidak mempunyai hak untuk menutup atau menyekat aplikasi yang bukan milik negara termasuk laman sosial Facebook.
Isu kalimah Allah: UMNO Selangor halang ahli protes depan gereja esok
Datuk Seri Noh Omar juga meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mereka.
Malaysia bebas jangkitan selesema burung - Noh Omar
Malaysia bebas daripada jangkitan H7N9 berikutan tiada tanda-tanda jangkitan wabak itu pada ternakan unggas di negara ini,kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Isu air: Ekonomi Selangor bakal terjejas
Datuk Seri Noh Omar berkata jika keadaan krisis air terawat di Selangor berterusan, Selangor akan menjadi mundur satu masa nanti.
Jangan layan khabar angin siapa calon BN di Selangor - Noh
Datuk Seri Noh Omar mengingatkan anggota dan pemimpin BN di negeri itu agar tidak melayan khabar angin mengenai calon pilihan raya umum ke-13.
'Selesaikan tuntutan rakyat Selangor melalui rundingan'
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor guna meja rundingan untuk selesaikan masalah tuntutan rakyat.
Malaysia kemukakan sijil sarang burung
Malaysia kini dalam proses mengemukakan salinan-salinan pindaan sijil Asal dan Sijil Kesihatan kepada pihak berkuasa China.
Noh: Kaji semula penggunaan pukat rentang
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengkaji membenarkan semula penggunaan pukat rentang di negara ini.
Pasport haiwan kesayangan mungkin diwajibkan
Ia untuk memudahkan pengumpulan data lengkap tentang seseekor haiwan di samping memudahkan usaha mengesannya jika dilaporkan hilang.