KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhak memanggil mana-mana jabatan atau agensi kerajaan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kelewatan penerimaan tiga kapal peronda luar persisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terserah kepada PAC sekiranya mahu menyegerakan siasatan melibatkan perkara tersebut.
"Belum (tiada desakan)... PAC ini satu badan yang bebas yang diwakili Ahli-Ahli Parlimen, mewakili kerajaan dan pembangkang yang dipengerusikan oleh pembangkang.
"PAC berhak untuk memanggil mana-mana jabatan ataupun agensi kerajaan, kementerian dan sebagainya kalau ada isu yang berkaitan yang perlu mendapat penjelasan PAC, jadi terserah kepada PAC.
"Kita dimaklumkan dalam pembinaan, dan sepatutnya sudahpun siap dalam waktu terdekat ini...Jadi kita tunggulah, saya pun tidak mendapat gambaran lanjut dan perincian tentang OPV tersebut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kelewatan pembinaan dan penerimaan OPV serta jika ada desakan supaya PAC menyegerakan siasatan terhadap OPV.
Maritim Malaysia dalam kenyataan pada 13 Sept memaklumkan tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan sama berkata kapal OPV itu sedang dibina oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terserah kepada PAC sekiranya mahu menyegerakan siasatan melibatkan perkara tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Dua kapal OPV bakal diserah pada pertengahan, hujung tahun ini
Walaupun projek itu mengalami kelewatan daripada jadual sepatutnya, namun, tiada tambahan kos akan dikenakan.

Isu kelewatan kapal OPV: PAC panggil KDN, Maritim Malaysia dalam masa terdekat
Wong Kah Woh berkata selain KDN dan APMM, Kementerian Kewangan serta syarikat yang diberikan kontrak untuk membina kapal itu akan turut dipanggil memberi keterangan.

Isu kapal OPV: PAC berhak panggil jabatan, agensi dapatkan penjelasan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terserah kepada PAC sekiranya mahu menyegerakan siasatan melibatkan perkara tersebut.

Tiga kapal OPV masih dalam pembinaan - Maritim Malaysia
Kapal OPV itu sedang dibina oleh syarikat THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.