Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan karikatur memperlekehkan undang–undang Mahkamah Syariah dan agama Islam baru-baru ini.
Beliau berkata, tindakan itu merupakan suatu penghinaan yang keterlaluan khususnya kepada agama islam yang menjadi agama rasmi negara.
“Tentunya saya kutuk keras tindakan Nanyang Siang Pau hina Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang diusulkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebab ianya mampu beri kesan kepada ketegangan kaum.
“Mereka yang terlibat ini mesti ditahan segera dan diambil tindakan mengikut Akta Hasutan dan kalau di Singapura, pihak kerajaan mereka mesti ambil tindakan dan mereka yang terlibat akan dihukum mengikut undang-undnag yang ada,” katanya ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar Cina pada Sabtu yang bertindak luar batasan apabila menerbitkan karikatur yang memaparkan Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.
Dengan tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai 'speaker' manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai 'Hadi Awang' yang bertenggek di pokok 'Akta 355'.
Katanya, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, ketegangan sebegitu tidak patut dibangkitkan, malah semua individu perlu menghormati pemimpin dan setiap agama yang wujud di negara ini.
“Ini bukan baru pertama kali isu penghinaan ini berbangkit, lebih-lebih lagi melibatkan agama Islam. Tindakan mesti diambil supaya jadi pengajaran kepada mereka orang bukan Islam ini.
“Operasi syarikat akhbar tersebut juga perlu dihentikan sementara sehingga suatu siasatan yang memuaskan dapat dilakukan dan sekali gus untuk melegakan perasaan umat islam di negara ini,” tegasnya.
Astro Awani
Wed Apr 12 2017

MOHD ALI: Kalau di Singapura, pihak kerajaan mereka pasti ambil tindakan dan mereka yang terlibat akan dihukum.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.