SUBANG JAYA:Kerajaan digesa untuk menarik balik penjualan daging daripada syarikat tempatan yang disyaki terlibat dalam isu kartel daging haram.
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, perkara itu antara langkah terbaik dalam masa terdekat bagi memastikan tiada daging haram dijual dalam pasaran negara.
Tegasnya, perkara itu tidak boleh diambil mudah kerana tindakan sedemikian menyentuh sensitiviti Islam.
“Kerajaan sudah kenal pasti syarikat yang mengambil barang (kartel daging haram) itu dan minta untuk hubungi siapa (peruncit) yang beli (daripada kartel) supaya jangan jual dan ambil balik barang itu.
“Ini sahaja cara yang lebih berkesan saya nampak dalam tempoh terdekat iaitu elak jual daging yang diragui statusnya,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.
BACA: Pembekal dakwa wujud dalang seludup wagyu dalam kontena daging babi
Sebelum ini, akhbar Sinar Harian membongkar sindiket penyeludupan daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal.
Menurut laporan akhbar itu, taktik jahat kartel tersebut dibongkarkan dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor.
Dalam pada itu, Ameer Ali yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), menzahirkan rasa dukacita dengan isu yang timbul selain menyifatkan gagal diselesaikan meskipun telah dikesan sejak setahun lalu.
“Saya amat sedih... Macam mana ia boleh berlaku sebab cerita ini bukan cerita semalam. Tetapi (saya tahu) sejak setahun lalu tetapi masih belum kenal pasti (daging haram),” katanya.
Sementara itu, beliau menjangkakan harga ayam dan ikan akan naik jika isu kartel daging haram gagal diselesaikan dalam tempoh tertentu.
“Hari ini harga ayam sudah naik dan jika permintaan tinggi terhadap ayam, saya percaya akan berlaku kenaikan harga memandangkan sumber yang terhad.
“Sama juga dengan ikan, turut akan berlaku kenaikan harga kerana permintaan terhadap daging sudah mula berkurangan disebabkan isu tersebut,” ujar beliau lagi.
Fauzi Suhaimi
Mon Dec 28 2020
Ameer Ali yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad menzahirkan rasa dukacita dengan isu yang timbul selain menyifatkan gagal diselesaikan meskipun telah dikesan sejak setahun lalu. - Gambar fail
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026.
UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy
David Lammy berkata beliau dan JD Vance bersetuju Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mesti terlibat dalam rundingan damai.
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026, di bawah arahan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Konflik Congo makin parah, 350,000 jadi pelarian
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin merosot di timur Republik Demokratik Congo, pada Jumaat.
Negara Arab tolak cadangan pindahkan penduduk Gaza
Negara-negara Arab menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan dan Mesir, kata wakil Kumpulan Arab kepada pemberita pada Jumaat.
KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa meneroka pendekatan terbaik untuk mengintegrasikan automasi dan transformasi digital bagi memastikan penjawat awam bersedia menghadapi peranan baharu dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Arham Abdullah dilantik Naib Canselor UMK ke-7
Prof Dr Arham Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang ketujuh berkuat kuasa Ahad ini.
Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.
Jordan tidak dapat terima lebih ramai pelarian Palestin
Negara-negara Arab sedang merangka pelan bagi membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya serta menjamin keselamatan dan tadbir urus, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, pada Jumaat.
Isu kartel daging: Kerajaan digesa tarik balik jualan daging yang meragukan - BRO
Penjualan daging daripada syarikat tempatan yang disyaki terlibat dalam isu kartel daging haram tidak boleh diambil mudah, kata Datuk Dr Ameer Ali Mydin.